Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman mati dua warga Australia bukan minggu ini

Mar 06, 2015 | 04:06 PM



JAKARTA - Jurucakap peguam negara Indonesia berkata hukuman mati yang dikenakan ke atas sehingga 11 pesalah, termasuk dua pengedar dadah Australia, tidak akan dijalankan minggu ini.


Namun, beliau kurang pasti jika ia akan dijalankan bulan ini.


"Sudah pasti bukan minggu ini. Bulan ini - saya kurang pasti lagi," kata jurucakap Tony Spontana, hari ini, Jumaat.


Dua warga Australia itu, Andrew Chan, 31 tahun, dan Myuran Sukumaran, 33 tahun, merupakan ketua sindiket dadah "Bali Nine".


Mereka ditangkap pada 2005 selepas cuba menyeludup lebih 8 kilogram dadah heroin menggunakan tujuh perkhidmatan kiriman cepat dari Bali ke Australia.


Sementara itu, Australia telah membuat aduan rasmi kepada Indonesia mengenai cara kededua pesalah itu dilayan, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.


Australia kecewa dengan tersebarnya gambar dan kerahan keselamatan untuk membawa mereka dari Bali ke pulau Nusakambangan di Jawa Tengah untuk menjalani hukuman mati.


Beberapa dozen polis bersenjata telah dikerahkan semasa membawa kededua pesalah itu.


Manakala sebuah gambar dalam pesawat menunjukkan ketua pesuruhjaya polis Denpasar Djoko Hari Utom tersenyum dengan tangannya diletakkan di belakang Chan yang sedang duduk.


Satu lagi gambar menunjukkan beliau meletakkan tangannya di atas bahu Sukumaran.


"Saya rasa mereka tidak wajar dan kurang hormat dan maruah dan kami telah membuat bantahan kepada duta Indonesia di Canberra," kata Encik Abbot. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >