Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI

Hukuman mati kekal sebagai pencegah jenayah serius

Lebih 80% rakyat Singapura yang ditinjau percaya hukuman mati telah menghalang pesalah
Mar 04, 2022 | 05:30 AM



HUKUMAN mati kekal sebagai pencegah berkesan terhadap kebanyakan jenayah serius di Singapura, termasuk memastikan negara ini rata-rata bebas dadah, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Tetapi hukuman mati sahaja tidak mencukupi, kerana pemulihan bagi pesalah juga penting.



Mereka yang meminta agar hukuman mati dikeluarkan sering membandingkan Singapura dengan negara yang telah pun tewas dalam perang dadah, kata Encik Shanmugam di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya semalam.



Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen seperti Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok), Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) dan Encik Raj Joshua Thomas (Anggota Parlimen Dilantik) mengenai kerelevanan hukuman mati dan keberkesanannya dalam usaha membanteras dadah, Encik Shanmugam berkata hukuman mati mempunyai kesan pencegah yang kuat dan jelas menurut data lalu dan trend semasa.



Memberi contoh, beliau berkata kes penculikan dan rompakan menggunakan senjata api telah menjunam dan kekal rendah sejak hukuman mati diperkenalkan bagi kesalahan-kesalahan itu.



Kajian Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tahun lalu ke atas individu dari rantau tempat asal kebanyakan pengedar dadah yang diberkas dalam beberapa tahun kebelakangan, mendapati 83 peratus responden percaya hukuman mati membuat ramai tidak mahu mengedar dadah dalam jumlah besar ke Singapura.



"Jika kita keluarkan hukuman mati, bilangan 83 peratus itu sudah tentu akan berkurangan.



"Adalah satu andaian wajar bahawa lebih ramai orang akan mengedar dadah masuk ke Singapura, lebih banyak dadah akan memasuki Singapura, akan ada lebih banyak penyalahguna dadah di Singapura dan lebih ramai individu dan keluarga warga Singapura diletakkan dalam bahaya," kata Encik Shanmugam.



Beliau menambah, pengenalan hukuman mati juga telah mempengaruhi kelakuan pengedar dadah, dan kajian oleh MHA pada 2018 mendapati terdapat kesedaran tinggi tentang hukuman mati dalam kalangan pengedar dadah yang didapati bersalah.



Beliau juga berkata penyalahguna dadah yang diberkas kini, sekitar 3,000 hingga 3,500 setahun, telah turun dari sekitar 6,000 setahun pada era 1990-an.



Jenayah di Singapura kekal rendah kerana keadaan penyalahgunaan dadah di sini kekal rendah, tekannya.



"Dadah bukan satu-satunya sebab bagi pembunuhan, keganasan atau jenayah... tetapi pada pandangan saya, penyalahgunaan dadah dan penularan sindiket dadah adalah faktor penyumbang yang penting.



"Dengan bersikap tegas terhadap kesalahan dadah, kita meminimumkan kemudaratan dadah dalam masyarakat kita.



"Jika kita mengeluarkan hukuman mati, saya tidak ragu-ragu, lebih banyak sindiket dan pengedar dadah akan membawa jumlah dadah yang lebih besar ke Singapura dan warga Singapura serta keluarga mereka akan menderita.



"Kami lebih suka tidak perlu menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa, tetapi kami mesti terus melakukan apa yang terbaik untuk kita," katanya.



Bagaimanapun, Encik Shanmugam menekankan yang hukuman mati sendiri sahaja tidak mencukupi, tetapi ia adalah bahagian penting dalam sistem di sini untuk menangani pengedaran dadah.



Banyak perkara diperlukan untuk memastikan Singapura rata-rata bebas daripada dadah iaitu perisikan baik, penguatkuasaan kukuh, hukuman tegas, pemulihan bagi pesalah dan pencegahan.



"Kami tegas terhadap mereka yang perlu kami bersikap tegas iaitu pengedar dadah. Tetapi, sebagai contoh, penyalahguna dadah, kami cuba untuk tidak menganggap mereka sebagai penjenayah.



"Kami sebaliknya merawat kebergantungan dadah mereka melalui pelbagai cara dan tanpa rekod jenayah jika mereka hanya penyalahguna dadah dan tidak melakukan sebarang jenayah lain," kata Encik Shanmugam.



Bagi kesalahan ringan, beliau berkata undang-undang membolehkan hukuman berdasarkan masyarakat bagi menggantikan hukuman tradisional seperti penjara atau denda.



Ini termasuk pelbagai pilihan termasuk perintah rawatan mandatori (MTO), Arahan Melapor Setiap Hari (DRO) dan Perintah Kerja Masyarakat (CWO).



Bagi mereka yang dijatuhkan hukuman penjara yang lebih lama, sumber besar dilaburkan dalam pemulihan mereka, katanya.




SEKILAS BAHAS BELANJAWAN MHA



1) ISU SEKSYEN 377A



Pemerintah akan pertimbang pelbagai pandangan atasi isu 377A berkaitan seks antara dua lelaki



2) PENDEKATAN TERHADAP KEADILAN JENAYAH



Hukuman mati berkesan dalam memelihara keselamatan di Singapura



3) UBAH TRANSFORMASI HOME MENERUSI TEKNOLOGI



Tingkatkan rangkaian alat penderia untuk kesan dan cegah ancaman



4) PERANGI DADAH DAN PELIHARA KEAMANAN NEGARA



Tingkatkan skim selia dadah untuk sokong bekas penyalahguna dadah kembali ke pangkuan masyarakat;



Satu pelan masyarakat baru untuk gembleng kemahiran sukarelawan Reben Kuning Singapura



5) LINDUNGI SINGAPURA BERSAMA



Pinda undang-undang tangani skim pindah wang 'keldai wang' atau 'money mule'



Semua pegawai keselamatan perlu jalani kursus kenal pasti ancaman pengganasan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >