Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman pemulihan, rotan kerana cabul 4 budak perempuan

Feb 07, 2017 | 08:48 AM



SEORANG lelaki yang menculik dan mencabul kehormatan tiga budak perempuan, dan mencabul seorang lagi, dijatuhi hukuman program pemulihan akhlak selama tujuh tahun dan sebat 12 kali pada Isnin (6 Feb).



Lim Hock Keng, 41 tahun, seorang penolong pengurus restoran apabila dia melakukan sembilan kesalahan terhadap empat budak perempuan antara Mei 2013 dan November 2015.



Pedofil (pelaku pedofilia, atau hubungan seks dengan kanak-kanak) itu, yang pernah dipenjara dan dirotan bagi kesalahan serupa pada 2007, mengaku terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan budak bawah 14 tahun dan tiga tuduhan menculik budak bawah umur.



Mahkamah diberitahu tahun lalu bahawa Lim menculik seorang budak perempuan berusia lima tahun di The Rink di JCube, di Jurong East Central 1, pada 18 Mei 2013 dengan mengambilnya dari sebuah dewan serbaguna ke tandas orang cacat, tempat dia mencabulnya.



Ibu bapa budak itu bergegas ke kawasan bilik persalinan selepas rakan mereka berkata beliau ternampak seorang lelaki tidak dikenali membawa anak mereka ke sana.



Mereka terkejut melihat Lim dalam tandas bersama anak mereka. Lim beredar sebelum bapa budak itu dapat bersemuka dengannya.



Pada 12 Mei 2014, Lim mencabul seorang budak perempuan berusia lima tahun, yang sebelum itu berada bersama sepupu dan neneknya, yang mengenal Lim. Dia melakukan ini di taman permainan di Blok 303, Yishun Central.



Dalam dua kes lain pada 25 Okt 2014 dan 19 Nov 2015, Lim menculik seorang budak perempuan berusia enam tahun pada setiap kejadian itu di sebuah taman permainan berhampiran Yishun Street 61 dan Blok 303, Yishun Central.



Lim ditangkap pada 27 Okt 2014 dan sedang dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah apabila dia melakukan kesalahan pada 2015 itu.



Program pemulihan ialah rejim ketat bagi pesalah berulang tanpa peringanan hukuman kerana berkelakuan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >