Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Hukuman penjara banduan ditambah 10 bulan dek gigit telinga banduan lain

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



HUKUMAN penjara seorang pesalah berulang, yang sedang menjalani hukuman bagi kesalahan lalu, akan dilanjutkan selepas dia menggigit telinga kiri seorang lagi banduan hingga sebahagiannya putus dalam satu pergaduhan.



Telinga mangsa kejadian itu, Lim Lee Yat, 53 tahun, kini cacat selama-lamanya selepas doktor tidak dapat menyambung kembali bahagian terputus.



Lelaki yang menyerangnya, Teo Chye Lye, yang masuk dan keluar penjara beberapa kali sejak 1998, antaranya bagi kesalahan serangan dan intimidasi, kali terakhir dimasukkan ke penjara pada 2016 bagi kesalahan berkaitan dadah.



Warga Singapura berusia 56 tahun itu semalam dihukum penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah menyerang Lim. Hukuman itu akan dijalankan sebaik sahaja Teo menamatkan tempoh hukuman sekarangnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Gabriel Lim berkata dua banduan itu menyertai sebuah bengkel yang diadakan di Penjara Changi sejurus sebelum pergaduhan tersebut tercetus pada 15 Disember tahun lalu.



Mereka sedang membungkus paket kopi apabila Teo menggunakan tangannya untuk menolak campuran kopi ke kawasan meja Lim.



Akibatnya, Lim terpaksa membungkus lebih banyak paket. Mereka mula bertengkar dan Teo memberitahu Lim jangan terlalu berkira.



DPP Lim berkata: "Pertengkaran itu kemudian menjadi lebih buruk apabila mangsa menumbuk muka tertuduh. Dia pula membalas dengan memukul mangsa.



"Semasa pergaduhan itu... tertuduh menggigit bahagian atas telinga kiri mangsa. Ini menyebabkan pinna telinga kiri mangsa terputus."



Teo mengalami lebam di muka.



Pergaduhan itu berakhir apabila pegawai penjara menyuruh mereka berhenti. Pegawai itu menemui bahagian telinga Lim yang terputus di atas lantai dan memberitahu pasukan perubatan.



Lim kemudian dihantar ke Hospital Besar Changi, namun doktor tidak dapat menyambung semula bahagian yang terputus.



Dia telah diberi amaran keras.



DPP Lim meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 bulan ke atas Teo, dan menekankan bahawa dia pesalah berulang.



Bagi kesalahan itu, Teo boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda hingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >