Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman penjara dan sebat cederakan tiga belia

Mar 22, 2017 | 09:51 AM



SEORANG pemuda dijatuhi hukuman penjara dan sebat kerana mengkelar tiga mangsa dengan pisau selepas kejadian tenung di cawangan McDonald's di Toa Payoh.

Muhammad Maslan Mohd Amin, 22 tahun, juga diberi amaran oleh Hakim Daerah Mathew Joseph kerana tindakan yang telah dirancang itu.

Hakim berkata Maslan bertekad mencari belia yang merenungnya semasa dia menunggang di sekitar kawasan perumahan itu beberapa hari.

"Anda tidak berputus asa... malah terus mencari mereka," kata Hakim.

Maslan membawa dua pisau dan melindungi wajahnya dengan memakai topi keledar dan 'sweatshirt'.

Hakim berkata, mangsa mengalami luka serius dan kesalahan itu tidak berlaku secara tiba-tiba.

Maslan dikenakan hukuman penjara empat setengah tahun dan 12 sebatan selepas mengaku mengkelar mangsa berusia 18 dan 16 tahun beberapa kali pada 25 Jun tahun lepas.

Dia melakukan kesalahan itu dengan Muhammad Nizam Muhammad Nazri, 18 tahun, (kesnya belum selesai), dan Muhammad Farhan Sazali, 20 tahun, yang diarah menjalani latihan pemulihan. Tuduhan ketiga mencederakan seorang pemuda 17 tahun diambil dalam pertimbangan.

Timbalan Pendakwa Raya Chong Kee En berkata pertikaian tercetus antara Maslan dan mangsa berusia 18 tahun di McDonald's di Toa Payoh Central pada 23 Jun, sekitar 3.30 pagi, kerana Maslan menyangka belia itu merenungnya.

Dua hari kemudian sekitar 3 pagi, Maslan ternampak tiga mangsa kolong Blok 46 di Toa Payoh.

Dia memberitahu Farhan dia nampak pemuda dalam insiden tenung dan mahu "mengkelar mereka".

Maslan mengambil Farhan dan menemui Nizam. Mereka ke pergi ke blok berkenaan dan mengambil langkah memastikan identiti mereka terlindung.

Nizam bersenjatakan sebilah pisau, manakala Maslan mempunyai dua pisau. Farhan tidak bersenjata.

Di Blok 46, mereka menyerang mangsa. Maslan yang mula menyerang. Nizam dan Farhan berdiri kira-kira 10 meter dari itu sedang Maslan terus menyerang. Mereka melarikan diri selepas itu dan menaiki GrabCar untuk melupuskan baju dan pisau mereka di Ang Mo Kio.

Ketiga-tiga mangsa diberi cuti sakit antara 18 dan 28 hari.

Hukuman maksimum bagi kesalahan itu ialah 15 tahun penjara. Pesalah boleh juga didenda dan dihukum sebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >