Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman penjara lebih panjang, perintah bayar wang pampasan bagi majikan yang kasari dua amahnya

Aug 26, 2019 | 02:45 PM



MAHKAMAH Tinggi telah menaikkan hukuman penjara seorang bekas pengurus serantau yang mengasari pembantu rumahnya, seorang warganergara Myanmar, dari 24 bulan hingga 30 bulan pada Isnin (26 Ogos).



Amah Myanmar itu adalah amah yang kedua yang pernah dia kasari. 



Peningkatan hukuman penjara itu dijatuhkan selepas rayuan dibuat terhadap hukuman yang dikenakan oleh seorang hakim daerah pada Mac lalu ke atas pesalah Tay Wee Kiat, 41 tahun, atas dua tuduhan telah mengasari Cik Moe Moe Than.



Tuduhan kesalahan ke atas Cik Moe termasuk menendang beliau sedang beliau disuruh berada dalam posisi ‘push-up’, mengarahkan Cik Moe untuk menampar pembantu rumahnya yang lain, dan menyuruh kededua amahnya menyembah patung Buddha di rumahnya, walaupun mereka penganut agama Kristian dan Islam.



Hakim Hoo Sheau Peng bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa hukuman awal Tay tidak mencukupi untuk menyedarkannya atas kesalahan yang dilakukan.



"Kelakuan kasar Tay terhadap mangsa berlaku dalam tempoh 11 bulan, dia menggunakan alat seperti rotan, penyapu dan cangkuk besi pakaian untuk mengasari amahnya, yang menyebabkan kecederaan fizikal dan psikologi, dan juga menghina dan merendahkan mangsa," kata hakim.



Hakim Hoo juga membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk membatalkan pembebasan isteri Tay - bekas pengurus jualan kanan, Chia Yun Ling, 34 tahun - atas tuduhan gagal membayar gaji Cik Moe yang berjumlah $ 1,450.



Selain telah mendera Cik Moe secara fizikal, Chia juga telah memaksa pembantu rumahnya menelan campuran nasi dan gula yang disuapkannya melalui corong. 



Apabila Cik Moe muntah, Chia memarahinya dan menyuruhnya untuk makan muntah sendiri.



Chia juga memaksa pembantu rumahnya untuk melakukan tugasnya tanpa memakai blaus dan mengancam untuk membunuh keluarganya jika Cik Moe memberitahu sesiapa mengenai layanan kejam itu.



Chia diperintahkan membayar pampasan berjumlah $9,850 kepada dua pembantu rumah itu, sementara Tay diperintahkan membayar $8,900.



Tay memberitahu mahkamah pada Isnin bahawa mereka tidak akan membayar bayaran tersebut.



Sebaliknya, mereka memilih menjalani hukuman lebih panjang di penjara sebagai pengganti bayaran ganti rugi itu.



Timbalan Pendakwa Raya Kumaresan Gohulabalan menegaskan di mahkamah bahawa ia tetap menjadi pilihan bagi pihak pendakwa untuk merampas aset pasangan itu sekiranya pembayaran tidak dibuat.



Pasangan itu mula menjalani hukuman penjara atas kesalahan mengasari Cik Moe pada 27 Mac 2019.



Pasangan itu pertama kali disabit kesalahan dan dihukum pada 2017 kerana telah mengasari pembantu rumah Indonesia mereka, Cik Fitriyah, 34 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >