Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman penjara, rotan dan denda buat lelaki 27 tahun kerana belasah polis

Jun 11, 2021 | 06:24 PM



SEPASANG kembar berkomplot menyerang seorang pegawai polis kerana mengaku tidak sukakan muka pegawai itu lantas membelasahnya sehingga menyebabkan kecederaan kepala yang teruk.



Menurut akhbar The Straits Times, Sarjan Chong Jiawei, 27 tahun, juga mengalami kecederaan di beberapa bahagian mukanya dan dirawat selama dua hari di wad bedah sistem saraf selepas serangan yang datang tanpa Sarjan Chong membangkitkan kemarahan yang dituduh. Sarjan Chong diberi cuti rawatan hospital selama 29 hari.



Salah seorang penyerang, Muhammad Farhan Jaffri, juga menyerang seorang lagi pegawai polis dan melontar kata-kata lucah kepada seorang lagi pegawai polis wanita.



Farhan, 27 tahun, seorang warga Singapura, dihukum penjara 33 bulan dan  empat minggu, dirotan tiga kali dan didenda $3,500 pada Jumaat (11 Jun).



Dia mengaku bersalah mencederakan teruk Sarjan Chong dan menyebabkan kecederaan seorang lagi rakan Sarjan Chong, pegawai polis kerahan, Sarjan Muhammad Irfan Misran, 22 tahun. 



Farhan juga mengaku melontarkan kata-kata lucah kepada Staf Sarjan Tity Sumarni Abdul Ghani, 35 tahun, di samping melakumusnahkan kenderaan 'land rover' polis serta menjadi anggota kongsi gelap.



Kes melibatkan saudara kembarnya, Muhammad Fiqkri Jaffri, masih lagi menanti dikemukakan di mahkamah.



Mahkamah diberitahu sebelum serangan pada 23 Februari tahun lalu, Farhan dan isterinya bertengkar di kolong Blok 755, Jurong West Street 74 sekitar 4 pagi dengan polis kemudian diberitahu tentang kekecohan yang berlaku.



Apabila polis sampai di tempat kejadian, Staf Sarjan Sumarni bertanya tentang keadaan pasangan itu.



Farhan yang mabuk tidak menjawab pertanyaan Staf Sarjan Sumarni. Sebaliknya dia menunjukkan tingkah laku seakan ingin membela dirinya. Kembarnya yang tinggal di blok itu tidak lama lagi muncul.



Timbalan Pendakwa Raya Chng Luey Chi berkata:



"Fiqkri berkasar dengan pegawai polis dan menuding jarinya ke arah muka mereka sambil mendesak ingin tahu mengapa mereka bertanya kepada yang dituduh.



"Pada masa yang sama, Fiqkri memberitahu kembarnya dan isteri kembarnya itu agar pulang ke rumahnya di tingkat dua sambil memberikan isyarat tangan yang kasar ke arah pegawai polis dan meminta mereka berdiam."



Farhan kemudian menggunakan kata-kata lucah yang dilontar ke arah Staf Sarjan Sumarni sebelum meninggalkan tempat kejadian. Dia bagaimanapun kembali lagi ke situ beberapa minit selepas itu.



Fiqkri kemudian bertanya kepada kembarnya muka pegawai polis mana tidak disukai. Farhan menunjuk ke arah Sarjan Chong.



Kedua-duanya kemudian menyerang pegawai polis itu dan menumbuknya berkali-kali sehingga beliau rebah.



Apabila pegawai polis lain tampil menenangkan keadaan, Farhan pula menyerang Sarjan Irfan yang dapat mengheretnya dengan bantuan rakannya, Sarjan Charmaine Tan, 27 tahun.



Mahkamah diberitahu Staf Sarjan Sumarni menggunakan batonnya untuk memukul Fiqkri apabila dia bertalu-talu menyerang Sarjan Chong. Fiqkri kemudian diberkas dan digari.



Sarjan Chong dan Sarjan Irfan dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong untuk rawatan.



Sementara itu, Farhan diiring dengan kenderaan 'land rover'. Ketika duduk di belakang kenderaan itu, dia menendang jendela kenderaan tiga kali sehingga pecah.



Secara berasingan, mahkamah diberitahu Farhan adalah anggota kongsi gelap dan menyertainya sejak 2007.



Peguambelanya, Laura Yeo, memberitahu mahkamah pada Jumaat, Farhan "sudah benar-benar mempelajari sesuatu dari peristiwa itu" dan menyesali tindakannya.



Di atas kesalahan mencederakan teruk pegawai polis, seorang pesalah boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda atau dirotan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >