Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman tegas kunci SG tangani masalah dadah: Shanmugam

Ketidakupayaan penguatkuasaan salah guna dadah jejas banyak negara lain di rantau ini
Jul 21, 2022 | 05:30 AM



TIDAK seperti banyak negara lain, Singapura dapat menangani masalah dadah di sini dengan berkesan kerana ia mempunyai undang-undang yang tegas dalam hal berkenaan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Di rantau ini, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, dan salah satu masalah utama yang dihadapi banyak negara ialah ketidakupayaan menangani situasi dadah tersebut.



"Di sekitar rantau kita, terlalu ramai orang yang salah guna dadah.



"Salah satu masalah utama yang dihadapi banyak negara ialah ketidakupayaan penguatkuasaan, ketidakupayaan untuk menangani situasi dadah.



"Kita telah menjadi salah satu daripada beberapa tempat yang telah dapat menguruskannya," ujar beliau.



Encik Shanmugam berkata undang-undang Singapura berkaitan dadah sangat tegas dan ketat, dan disebabkan itu, dalang di sebalik operasi dadah tidak berani menjejakkan kaki ke sini.



"Malangnya penguatkuasaan di negara lain tidak berada pada tahap yang sama, terdapat tempat selamat (bagi dalang operasi dadah)," tambahnya.



Beliau telah membincangkan isu dadah semasa diundang ke program The Big Show di stesen radio One FM 91.3 pagi semalam.



Dengan situasi dadah kian berubah di luar negara dengan undang-undang mereka semakin dilonggarkan termasuk tidak mengharamkan penggunaan beberapa jenis dadah, Encik Shanmugam berkata akan sentiasa wujud segelintir orang di sini yang mahukan perkara yang sama berlaku di Singapura.



"Akan sentiasa ada kumpulan tertentu yang mahu (dadah) tidak diharamkan di sini.



"Setiap kali negara-negara jiran melakukan sesuatu seperti itu, ia meningkatkan lagi cabaran kita, dan menjadi tanggungjawab kita membentangkan pilihan dengan sangat jelas... dan memujuk orang kita, termasuk orang muda, bahawa kita perlu membuat pilihan yang tepat bagi diri sendiri dan juga masyarakat," ulasnya.



Penggunaan ganja dibolehkan di negara seperti Canada dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.



Baru-baru ini, Thailand mengeluarkan ganja daripada senarai narkotiknya, sementara Malaysia telah membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan tahun lalu.



Dalam pada itu, Indonesia pula dilaporkan sedang membincangkan rancangan mengambil pendekatan yang sama.



Encik Shanmugam turut menekankan bahawa undang-undang Singapura adalah paling tegas terhadap mereka yang menghasilkan dan mengedarkan dadah.



"Kita mesti membuat perbezaan yang jelas antara mereka yang menyalahgunakan dadah dan mereka yang mengedar dadah.



"Mereka yang mengedar dadah melakukannya secara sinis untuk mendapatkan wang dan mengaut keuntungan daripada kesengsaraan orang lain," ujar beliau.



Namun, beliau akur dalang-dalang ini cukup bijak untuk tidak memasuki Singapura kerana tahu jika mereka ditangkap, ia akan membawa padah kepada diri sendiri.



"Mereka tahu, tidak seperti negara lain di rantau ini dan di dunia, di Singapura, tiada tempat selamat bagi mereka... jika mereka masuk, habislah. Itu sebabnya mereka tidak menjejakkan kaki di sini," kata Encik Shanmugam.



LAPORAN SELANJUTNYA






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >