Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Hulur derma kepada dana peningkatan masjid, amalan sedekah dicintai Allah

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



KEHIDUPAN di dunia ini telah diaturkan tujuan dan matlamatnya iaitu menjadi hamba Allah yang sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya.



Demikian tukilan daripada Penolong Ketua bahagian Dakwah Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Sheikh Umar Abdul Aziz.



Firman Allah swt dalam Surah Adz-Dzariyaat ayat 56 bermaksud:



"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."



Dan antara bentuk amalan yang paling dicintai Tuhan ialah bersedekah.



Sedekah adalah membelanjakan sebahagian daripada harta yang dimiliki pada jalan Allah. Seorang yang bersedekah dikira melakukan amalan yang sangat terpuji. Bahkan sedekah merupakan kayu ukur keimanan seseorang. Ini jelas dapat dilihat pada jenis harta yang diberikan. Lebih berharga harta atau barang itu, maka lebih besar ganjaran yang akan diperolehi.



Dalam Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 92 bermaksud:



"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu dermakan maka sungguh Allah Maha Mengetahui".



Dan pada penghujung ayat itu, sekiranya diamati, Allah menyatakan tidak ada satu pun sedekah itu berada di luar pengetahuan-Nya.



Bersedekah tidak harus banyak. Sekecil mana pun pemberian yang dihulurkan sekiranya dilakukan dengan keikhlasan dan mengharapkan ganjaran, pasti tidak akan disia-siakan. Seseorang mungkin tertanya di benak fikiran, bagaimana dapat kita ketahui tahap keimanan kita? Jawapannya mudah. Bersedekahlah dan nilailah sendiri, sama ada perkara itu mudah iaitu dengan menghulurkan sedekah, ataupun tidak.



Hal bersedekah dengan harta yang paling dicintai ini sangat difahami oleh para sahabat Baginda Rasulullah saw. Antara mereka yang paling ketara ialah sahabat bernama Abu Talhah Al-Ansari. Beliau memiliki sebidang tanah, kebun kurma, yang paling baik di kota Madinah, bernama Bairuha'. Setiap penduduk tahu betapa cintanya pada tanah itu.



Namun, apabila beliau mendengar ayat dalam Surah Al-Imran itu maka beliau berjumpa Baginda saw, lalu berkata:



"Wahai Rasulullah, tidakkah seseorang itu tidak akan memperolehi kebaikan yang sempurna, sebelum ia membelanjakan harta yang paling ia cintai? Dari itu, kebun kurmaku yang aku cintai itu, akan aku sedekahkan untuk Allah swt dan RasulNya, demi mengharapkan ganjaran daripada Allah."



Mendengarkan hal tersebut, Rasulullah saw menasihati Abu Talhah dengan berkata:



"Menurutku, lebih baik kamu berikan kepada kerabatmu saja."



Abu Talhah segera melaksanakan perintah itu dengan membahagi-bahagikan harta, kebun kurma tersebut kepada kerabat terdekatnya.



Demikianlah sikap sahabat bernama Abu Talhah. Harta tidak berkurangan dengan sedekah. Bahkan mendapat gantian daripada Tuhan melalui jalan yang pelbagai.



Sesuai Surah Saba' ayat 39 bermaksud:



"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."



Sedikit kelebihan rezeki, kami mengalukan-alukan sokongan padu dan sumbangan ikhlas masyarakat Islam Singapura kepada Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu, agar dapat sempurnakan projek peningkatan ini.



Setulus Jariah, Mengharap Barakah, Di Halaman Jannah.




RAYUAN DAN CARA HULUR DERMA



Setulus Jariah, Mengharap Barakah Di Halaman Jannah



Lestarikan legasi anda dengan mencukupkan Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu



CARA MENDERMA



  • Pemindahan bank: OCBC: 581-608668-001.

    Sila nyatakan 'Dana Peningkatan' di bahagian Add Reference No. atau Bill Reference No. dan e-mel tangkap layar transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg

  • Cek: Cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU

    Sila nyatakan 'Dana Peningkatan', nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

  • PayNow UEN : S94MQ0017D, atau Imbas Kod QR yang disediakan di bawah.

    Sila nyatakan 'Dana Peningkatan' di bahagian Bill Reference No.

  • Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Khamis, 2 petang hingga 6 petang.

    Bagi mendapatkan keterangan lanjut, hubungi talian 6242-7244.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >