PERSATUAN UNTUK WANITA DALAM PEMULIHAN (WIRA)
Huluran bantuan tanpa jemu untuk bekas penagih wanita
Persatuan gigih beri khidmat pemulihan sepanjang sembilan tahun lalu dan ingin rancakkan lagi kegiatan
Jun 15, 2015 | 05:30 AM
PENUBUHANNYA telah menjangkau sembilan tahun, tetapi persatuan yang dinamakan secara ringkas sebagai Wira, bagai kurang dikenali.
Ini meskipun kegiatannya membantu bekas penagih wanita di sini berterusan sejak persatuan itu ditubuhkan pada 20 April 2006.