Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hurai kekurangan empati, dengar penuh hormat suara belia, jelas AP Nadia Samdin di Konvensyen PAP

Nov 28, 2021 | 02:37 PM



SEBELUM anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) boleh membincangkan tentang langkah bangkit lebih utuh daripada Covid-19, adalah penting untuk memaklumi bahawa terdapat beberapa gelembung yang menyelubungi diri mereka, bagaimana ini membawa pada jurang yang kelihatan hari ini dan apa yang diperlukan untuk merapatkan jurang demikian, jelas Anggota Parlimen (AP) PAP paling muda yang dilantik ke Parlimen pada Ahad (28 November).



Dalam ucapannya di Konvensyen PAP, Cik Nadia Samdin menggesa pihak parti dan aktivisnya agar menghurai defisit atau kekurangan empati dan berusaha untuk menambah keselesaan dalam memahami pandangan yang mereka tidak persetujui.



Beliau menarik perhatian di tempat kerja, sekolah dan rumah, kesan perbezaan silang generasi, sikap tidak bertoleransi secara kaum dan peralihan peranan jantina boleh dirasakan.



"Sebagai wanita Melayu lebih muda, saya berada dalam ruang di mana saya rasakan jurang ini sedalam-dalamnya," jelas Cik Nadia, 31 tahun.



AP GRC Ang Mo Kio itu mengingatkan orang ramai agar menyedari akan wujudnya rasa berat sebelah yang sedia ada dalam diri mereka dan mengenal pasti bahawa ruang bersama yang bernilai antara teman dan jiran adalah sesuatu yang perlu dijaga.



Cik Nadia berkata empati dua hala lebih diperlukan daripada ciri lain buat masa ini.



"Saya mengalu-alukan empati dua hala. Empati harus mendorong kita agar menguatkan suara orang lain agar bersatu hati bagi satu matlamat yang dikongsi bersama demi masa depan kita.



"Kita sekian lama adalah parti bertindak dan empati adalah bagaimana kita akan terus kekal relevan dan terus mengambil tindakan bermakna buat semua warga Singapura.



"Perbezaan dalam masyarakat bukan satu ancaman; ia adalah peluang bagi kita untuk memulakan perbualan yang sukar - Saya berharap kita dapat mendekati mereka dan dengan mendengar, menjadi sekurang-kurangnya terbuka pada kemungkinan mengubah minda kita," ujar Cik Nadia.



Dalam ucapannya selanjutnya di acara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong akur bahawa generasi pengundi baru mahu melihat lebih banyak debat, pertandingan dan usaha mempersoalkan idea mapan.



"PAP harus memberi respon pada perkara ini dan menunjukkan warga Singapura bahawa kita tidak takut menentang pandangan atau dicabar, bahawa kita menggalak wacana sihat. Kami mengalu-alukan idea yang baik dari mana pun ia datang," jelas PM Lee yang juga Setiausaha Agung PAP.



Cik Nadia juga menekankan kepentingan menjadi rakan kerjasama mendampingi generasi belia akan datang.



PAP tidak boleh mengalu-alukan penglibatan belia dan pada masa yang sama tidak membuka ruang buat suara dan pengalaman mereka atau menolak mereka dengan label, katanya.



"Kita harus mendengar dengan empati, mendengar pandangan mereka dengan rasa hormat sebagaimana kita ingin pandangan kita didengar, fikir tentang cara kita berkomunikasi sebanyak teras pesanan itu sendiri," jelasnya.



PAP, tambahnya, harus menerima dan mengasuh belia dan minat mereka, daripada mengeluh bagaimana cara mereka tidak sama. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >