Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hurai keprihatinan tentang vaksin

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



SOALAN: Sejauh mana keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna dan Sinovac?



JAWAPAN: Pada November, dapatan terakhir ujian klinikal tahap akhir terbitan syarikat menunjukkan vaksin Pfizer-BioNTech adalah 95 peratus berkesan dalam mencegah Covid-19.



Firma tersebut juga berkata vaksin itu boleh diterima dengan baik dan kesan sampingannya kebanyakannya ringan hingga sederhana dan hilang dengan cepat.



Bagi vaksin Moderna pula, kadar keberkesanannya dalam ujian tahap akhir ialah 94.1 peratus dalam mencegah penyakit.



Jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi Covid-19 juga berkata pada bulan lalu bahawa ia terus menyokong keberkesanan dua vaksin mRNA itu yang digunakan di sini, dan vaksin itu terus menunjukkan ia memberi perlindungan terhadap varian yang menjadi keprihatinan.



Sementara itu, sehingga bulan lalu, vaksin Sinovac telah menunjukkan perlindungan berubah-ubah dalam pelbagai kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa, dengan analisis paling penuh vaksin itu menunjukkan keberkesanan 51 peratus.



Bukti dari negara lain juga menunjukkan vaksin Sinovac membawa risiko seseorang dijangkiti meskipun selepas menerima vaksin itu.



SOALAN: APAKAH KRITERIA YANG SINGAPURA GUNAKAN BAGI MENENTUKAN SAMA ADA UNTUK MELULUSKAN VAKSIN?



JAWAPAN: Sejajar dengan standard antarabangsa, hanya vaksin Covid-19 yang sekurang-kurangnya 50 peratus berkesan dalam mencegah penyakit akan diluluskan.



Faktor lain, seperti potensi risiko kejadian buruk dan krisis kesihatan yang menjadi parah juga dipertimbang, kata mantan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong di Parlimen pada Januari.



Tahap keberkesanan lebih rendah mungkin diterima jika terjadi pandemik sangat teruk yang memerlukan penduduk divaksin secepat mungkin, kata Encik Gan.



Pihak berkuasa juga akan memantau bagaimana vaksin diberikan kerana kelulusan penuh akan memerlukan data jangka panjang.



Pembuat vaksin juga perlu melaporkan sebarang kejadian buruk yang berlaku agar Singapura dapat memantau prestasi vaksin sedang kempen vaksinasi dilancarkan, serta potensi risiko yang ada.



SOALAN: ADAKAH VAKSIN COVID-19 DAPAT MELAWAN JENIS KORONAVIRUS BARU DAN LEBIH MEREBAK?



JAWAPAN: Bergantung pada jenis vaksin yang digunakan, tahap keberkesanannya berbeza terhadap varian keprihatinan yang berlainan.



Dua vaksin mRNA, Pfizer-BioNTech dan Moderna, telah menunjukkan perlindungan terhadap varian keprihatinan utama, seperti varian alpha dan beta.



Satu kajian di Britain menunjukkan dua dos vaksin mRNA Pfizer-BioNTech memberikan sekitar 88 peratus perlindungan terhadap Covid-19 yang bergejala, meskipun dengan varian delta yang lebih berjangkit.



Vaksin mRNA juga boleh disesuaikan penggunaannya bagi tujuan lain dengan pantas untuk menangani varian baru.



SOALAN: BERAPA LAMAKAH KEIMUNAN DARIPADA VAKSINASI BERTAHAN?



JAWAPAN: Masih belum jelas berapa lama keimunan akan bertahan selepas individu divaksin terhadap koronavirus.



Namun pada Disember tahun lalu, Moderna menerbitkan kajian yang berkata vaksinnya menyebabkan sistem imun manusia menghasilkan antibodi kuat yang bertahan bagi sekurang-kurangnya tiga bulan.



SOALAN: ADAKAH MANFAAT VAKSIN COVID-19 MELEBIHI RISIKONYA?



JAWAPAN: Ya, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.



Hanya 29 individu mengalami reaksi alahan teruk terhadap vaksin koronavirus daripada 1.9 juta dos yang diberi, menjadikan ia satu kejadian yang amat jarang berlaku, kata CDC.



Di Singapura, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata ia akan secara aktif menyemak data demi memastikan manfaat vaksin, ubat atau alat perubatan terus melebihi risiko yang dikenali.



HSA mungkin menamatkan kelulusan Laluan Akses Khas Pandemik pada bila-bila masa; contohnya, jika data baru menunjukkan manfaatnya tidak lagi melebihi risikonya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >