Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Huraian diperlukan bagi rapat jurang digital pasca Covid-19, kata Indranee Rajah

May 16, 2020 | 10:12 PM



 





Rangkaian bantuan dalam masyarakat perlu mencari huraian digital baru bagi meneruskan usahanya selepas pandemik Covid-19 berakhir di Singapura, kata Menteri Kedua Kewangan Cik Indranee Rajah.



“Bagi saya, satu jurang utama yang didedahkan krisis ini ialah banyak rangkaian bantuan kita dirancang berdasarkan menghulur bantuan dengan cara bertemu secara fizikal,” kata Cik Indranee, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO).



“Mereka (Golongan yang memerlukan bantuan) pergi ke sesi bertemu rakyat (MPS) untuk bertemu Anggota Parlimen (AP), atau pergi ke Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO), Pusat Perkhidmatan Keluarga (FSC) dan berbagai bagai agensi perkhidmatan sosial, atau orang mengunjungi golongan yang memerlukan bantuan di rumah mereka.



“Dalam keadaan pandemik di mana kita tidak boleh bertemu… kita perlu mencari cara lain untuk berbuat demikian… dan satu perkara utama yang membolehkan perkara ini adalah teknologi,” kata Cik Indranee.



Cik Indranee berkata demikian semasa menyertai dialog di dalam talian pada Sabtu (16 Mei).



Beliau sedang bercakap kepada 30 mahasiswa dari universiti setempat mengenai masa depan dan cabaran yang dihadapi Singapura selepas koronavirus.



Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Mohamed Irshad Abbas Ali turut menyertai perbincangan itu. 



Dialog 90 minit bertajuk Re-Imagining Singapore: Post Covid-19 itu dianjurkan oleh rangkian belia Tiong Bahru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >