SEBUAH perusahaan sosial ditubuhkan baru-baru ini untuk menawarkan perkhidmatan gosok baju kepada golongan sibuk bekerja.
Pada masa yang sama, perkhidmatan yang digelar The Social Iron itu memberi peluang kepada warga emas dalam sesebuah kejiranan supaya meraih pendapatan tambahan dengan menggosok baju jiran.