Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: INFOGRAFIK

Hutan Simpanan Labrador bakal 'menghijau'

Kerja pemulihan akan kukuhkan proses ekologi, tingkatkan daya tahan iklim di habitat kawasan simpanan semula jadi itu
Nov 10, 2021 | 05:30 AM



PEMULIHAN habitat hutan pantai di Labrador akan membantu memulihara spesies flora dan fauna asli, yang kebanyakannya terancam secara kritikal.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, baru-baru ini mengumumkan Pelan Tindakan Pemulihan Hutan untuk Hutan Simpanan Labrador, yang termasuk penanaman kira-kira 5,000 pokok asli yang sesuai dengan persekitaran hutan pantai.



Walaupun dengan saiz kecil kawasan hutan simpanan seluas 22 hektar itu, habitatnya mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna - enam mamalia, 41 rama-rama, 10 pepatung, 15 bakau dan kira-kira 100 spesies burung.



Lembaga Taman Negara (NParks) merancang untuk menumpukan usaha pemulihan di kawasan pantai seluas 2.5 hektar, yang terletak di antara hutan bukit pantai dan laut.



Kawasan itu buat masa ini kebanyakannya terdiri daripada padang kosong dan kemudahan rekreasi.



NParks berkata pemulihan hutan pantai itu melanjutkan usaha peningkatan di kawasan simpanan semula jadi itu sebelum ini.



Kawasan itu akan ditanam dengan spesies asli pantai, seperti penaga laut (Calophyllum inophyllum) dan jati laut (Podocarpus polystachyus) yang terancam secara kritikal.



Usaha penanaman semula itu akan menyediakan penampan fizikal dan ekologi yang ketara bagi hutan bukit pantai, serta meningkatkan sumber makanan dan tempat perlindungan untuk fauna hutan simpanan itu, terutamanya pendebunga dan penyebar seperti burung, kelawar dan rama-rama.



Antara spesies burung yang akan meraih manfaat daripada pemulihan itu ialah burung barau-barau (Pycnonotus zeylanicus) yang terancam secara kritikal dan spesies pendatang seperti helang sewah Jepun (Accipiter gularis).



Pengarah kumpulan bagi pemuliharaan di NParks, Encik Lim Liang Jim, berkata kerja-kerja pemulihan juga akan mengukuhkan proses ekologi di habitat kawasan simpanan semula jadi itu.



Ini bermakna setiap organisma dalam habitat itu akan menyumbang kepada proses semula jadi dalam habitat tersebut, menjadikannya mampan.



Sebagai contoh, flora akan menyediakan perlindungan bagi fauna yang kemudian akan bergantung kepada tumbuhan sebagai sumber makanan dan membantu pendebungaan mereka.



Encik Lim berkata ini akan meningkatkan daya tahan iklim habitat itu.



Sekiranya berlaku kejadian iklim yang melampau seperti kemarau, kepelbagaian biologi yang tinggi dan kehadiran pelbagai sambungan ekologi akan membolehkan habitat untuk terus hidup dan berkembang maju, walaupun beberapa spesies mungkin hilang.



Infografik: Memulihara habitat pantai




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >