Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hutan tepi pantai seluas 12.5ha di Labrador akan dipulihara

Nov 08, 2021 | 05:30 AM



Usaha menanam semula sebuah hutan tepi pantai seluas 12.5 hektar di kawasan Labrador tahun depan akan memperluas lagi daya ketahanan sekitaran kawasan itu dari segi ekologinya dan terhadap kesan perubahan iklim.



Demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan semalam mengenai pelan bertindak pemuliharaan semula hutan itu, yang dirancang dijalankan hingga 2030.



Hutan yang akan ditanam semula itu akan memperluas Hutan Simpan Labrador daripada 22 hektar sekarang.



Ini termasuk menaman semula sebuah hutan seluas 10 hektar yang terletak di sebuah bukit dekat tepi pantai kawasan berkenaan dan sebuah hutan seluas 2.5 hektar yang terletak antara bukit tersebut dengan laut.



Lokasi hutan yang akan ditanam semula itu akan terletak di sebelah pesisiran berbatu-bata terakhir di Singapura, yang mengandungi batu karang, substrat berpasir dan dasar laut berumput kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan lautan.



Sebuah laluan di tepi pantai juga akan disediakan di situ bagi pengunjung mempelajari tentang habitat serta kepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang hidup di situ.



Usaha pemuliharaan itu akan disokong oleh firma Keppel Corp menerusi derma sebanyak $1 juta.



Laluan itu juga akan memberi pengunjung pemandangan lautan Singapura menerusi beberapa kawasan tertentu dan membolehkan mereka mempelajari tentang sejarah pesisiran itu sejak sekian lamanya.



Menerusi kawasan itu, mereka juga dapat pelajari tentang flora dan fauna asal tempatan yang hidup di tepi pantai itu serta pesisiran berbatu-bata tersebut, bagaimana sekitaran tersebut boleh berubah menyusuli paras laut yang semakin tinggi dan mengapa usaha pemuliharaan semula habitat semula jadi tepi pantai itu penting bagi membina daya ketahanan terhadap perubahan iklum, kata NParks.



Kerja pembangunan dan desain proje tersebut akan bermula tahun depan.



Pengerusi Keppel Corp, Encik Danny Teoh, berkata: "Dengan kemapanan sebagai teras strategi Keppel, kami telah dengan aktif menyumbang dalam usaha pemuliharaan sekitaran di kawasan Keppel Bay, iaitu tempat lahir syarikat Keppel Group.



"Menerusi projek-projek ini, kami berharap dapat mengekalkan kepelbagaian hidup semula jadi di hutan simpan itu dan menyumbang kepada huraian berasas alam semula jadi untuk menangani isu perubahan iklim."



NParks berkata hutan bukit tepi pantai itu akan mempunyai jenis pohon yang tumbuh di kawasan dekat laut yang lebih toleran jika terdedah kepada garam laut, dan keadan tanah bermutu rendah.



Dan tumbuhan seperti itu sukar didapati sekarang.



Secara keseluruhan, habitat itu menjadi rumah bagi 100 jenis burung, 41 jenis kupu-kupu, 15 jenis tumbuh-tumbuhan bakau dan empat jenis rumput laut.



Semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berada di kawasan situ bagi sebuah acara menanam pokok sebagai sebahagian usaha memulihara semula hutan itu, lapor The Straits Times.



Beliau, bersama ahli daripada komuniti giat mengekalkan alam semula jadi di sini serta penderma bagi program-program NParks, menanam 50 pokok tepi pantai asal tempatan di hutan simpan itu.



Encik Desmond Lee berkata hutan tepi pantai yang akan ditanam semula itu akan dapat mengekalkan lagi habitat dalam Hutan Simpan Labrador kelak.



Beliau menambah bahawa tumbuh--tumbuhan baru yang akan ditanam di situ akan menawarkan makanan serta tempat tinggal bagi haiwan yang hidup di situ serta mempertingkat lagi daya ketahanan ekosistem tersebut.



Semalam juga ulang tahun ke-50 Hari Menanam Pokok Singapura, yang diperkenal oleh Perdana Menteri Pengasas, mendiang Lee Kuan Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >