Automobil
Hyundai pamer SUV terbesar dan paling kecil
Hyundai dan pengedarnya di Singapura, Komoco Motors, mempamerkan beberapa model yang bakal dilancarkan dalam senarai kereta sport utility vehicle (SUV) di sini, merangkumi SUV terbesar dan terkecil daripada jenama tersebut.
Komoco Motor berkata pihaknya mempunyai rancanga menjual model, Palisade dan Venue, di Singapura dalam jangka panjang.
Palisade adalah salah satu mobil terbesar yang diproduksi Hyundai. Dengan panjang 4,98 meter, panjangnya 20 sentimeter berbanding SUV tujuh kursi yang sedia ada iaitu Hyundai Santa Fe.
Palisade yang buat masa ini ditawarkan di Korea Selatan dan Amerika Serikat, adalah SUV utama jenama tersebut.
Model SUV paling kecil pula ialah Hyundai Venue. SUV comel ini ditujukan kepada golongan dewasa muda atau keluarga kecil.