Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'i Light Marina Bay' pamer karya seni cahaya mampan

Mar 11, 2018 | 04:36 PM



FESTIVAL seni cahaya mampan, i Light Marina Bay, anjuran Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong baru-baru ini. 



22 karya seni cahaya penggiat seni dari 14 negara termasuk Singapura dipamerkan. 



Festival itu turut menyaksikan penglibatan lebih ramai anggota masyarakat dalam usaha mencipta karya seni mampan. 



Tiga karya seni- Transistable Plastic, Milk Bottle Cows and Chandelier of Spirits- dihasilkan dari botol plastik dan kaca yang dikitar semula dan disumbang oleh masyarakat awam atau rakan kongsi korporat. 



Dicipta dengan lampu yang jimat tenaga, bahan kitar semula atau mesra alam, pertunjukan cahaya itu memperkukuh kedudukan Marina Bay sebagai daerah mampan yang berfungsi sebagai peringatan untuk menggalakkan pengunjung dan orang ramai untuk mempraktikkan amalan mampan dalam kehidupan harian mereka. 



i Light Marina Bay akan dibuka dari 9 Mac hingga 1 April 2018, dari 7.30 hingga 11 malam setiap hari, dengan masa operasi yang dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada Jumaat dan Sabtu. 



Tiada bayaran masuk dikenakan. 



Kunjungi www.ilightmarinabay.sg untuk maklumat lanjut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >