Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IB: Singapura paling cemerlang di Asia Pasifik

Jan 04, 2017 | 02:57 PM



SINGAPURA menduduki tempat paling atas dalam senarai negara Asia Pasifik yang mengambil peperiksaan Program Diploma International Baccalaureate (IB) pada Nov 2016, dengan kadar kelulusan 97.32 peratus.



Pelajar Singapura seramai 1,849 orang yang menduduki peperiksaan itu mendapat markah mata penuh purata 38.27 daripada maksimum 45 mata, kata IB dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu (4 Jan).



Seramai 57 tujuh pelajar dari Singapura mencapai mata sempurna 45, membentuk lebih separuh daripada 93 pelajar dari rantau Asia Pasifik yang mendapat mata penuh itu.



Australia di tempat kedua di rantau ini, dengan kadar kelulusan 94.07 peratus, markah mata penuh purata 34.56 dan 32 pelajar mendapat mata penuh.



Jepun paling rendah di rantau ini dengan kadar kelulusan 76.92 peratus, markah mata penuh purata 30.10 dan tiada pelajarnya mencapai mata maksimum.



Seramai 5,205 pelajar Asia Pasifik menduduki peperiksaan itu, manakala 14,071 dari seluruh dunia.



Sebagai sebuah rantau, Asia Pasifik mengatasi mata yang diraih di peringkat global, dengan kadar kelulussan 91.3 peratus dan markah mata penuh purata 34.82.



Kadar kelulusan global ialah 70 peratus, dengan markah mata penuh purata 29.21.



Pelajar dari IB World School di rantau Asia Pasifik yang menduduki peperiksaan itu tahun lepas akan menerima keputusan mereka pada Rabu.



Pada 2016, seramai 161,344 pelajar menerima diploma IB, bertambah 6 peratus daripada 2015.



Ditubuhkan pada 1968, IB kini mempunyai lebih 1.3 juta pelajar di lebih 4,580 sekolah di lebih 150 negara dan wilayah.



Di Asia Pasifik, IB menyokong lebih 770 sekolah, menyediakan lebih 1,100 program IB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >