Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibadah korban: 2,676 ekor kambing sudah ditempah

Pendaftaran di empat masjid hampir ditutup
Jul 02, 2021 | 05:30 AM



Tahun ini, sebanyak 51 masjid di Singapura telah membuka pendaftaran sejak awal bulan lalu bagi umat Islam yang ingin menjalankan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada 20 Julai ini.



Setiap masjid menawarkan sehingga 120 kambing pada harga $320 dengan $370 seekor.



Dalam pelaksanaan korban yang diubah suai itu, penyembelihan dijalankan di Australia dan daging yang dibeku dihantar ke sini untuk diagihkan oleh masjid kepada golongan yang layak menerimanya.



Pendaftaran bagi ibadah korban akan ditutup pada 13 Julai.



Memberi perkembangan terkini, pengerusi Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS), Encik Mohamad Rafi Eusope, berkata sehingga Selasa lalu, 2,676 ekor kambing sudah pun ditempah.



Menurut beliau sebilangan masjid yang terletak di kawasan perumahan dengan bilangan penduduk yang besar telah menyaksikan tempahan yang laris.



Pendaftaran ibadah korban di Masjid Al-Mukminin yang terletak di Jurong East telah pun ditutup setelah mendapat tempahan penuh.



Manakala itu, pendaftaran bagi empat masjid di sini - Masjid An-Nur, Al-Iman, Al-Khair dan Assyakirin - hampir ditutup setelah mencatat lebih 80 peratus permohonan.



Bekalan kambing masih terdapat di 46 masjid lain, menurut Encik Rafi, sambil menggalak "jemaah membuat pendaftaran segera bagi mengelak kekecewaan".



"Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami berharap masyarakat Islam kami akan terus menyokong masjid-masjid kami sepenuhnya sedang kami menghampiri tarikh tutup pendaftaran pada 13 Julai nanti," katanya yang turut memberi kepastian bahawa JKMS akan memastikan pengurusan ibadah korban dijalankan dengan lancar dan selamat.



Tahun ini, sekitar 30 penyedia ibadah korban telah mengiklankan khidmat mereka di Berita Harian.



Beberapa penyedia khidmat ibadah korban yang dihubungi akhbar ini melaporkan tempahan yang menggalakkan.



Menurut Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, yang mempunyai sebuah anak syarikat penternakan, Attawasol Farm, di Jawa Tengah, penjualan kambing korban hampir habis, meskipun masih terdapat dua minggu lagi sebelum tarikh tempahan ditutup.



Beliau menjangkakan tempahan akan meningkat pada minggu terakhir sebelum Hari Raya Aidiladha nanti.



"Sejauh ini, kami melihat trend yang lebih memberangsangkan, hampir 70 peratus telah terjual, mungkin ia adalah kerana masyarakat Islam Singapura lebih prihatin tentang mengadakan tempahan langsung dari ladang-ladang yang jelas muamalatnya," kata beliau.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >