Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibadah korban di semua 25 masjid lancar

Sep 01, 2017 | 07:30 PM



IBADAH korban di kesemua 25 masjid dan dua pertubuhan Melayu/Islam di sini berjalan lancar dalam suasana masya- rakat Islam setempat meraikan Hari Raya Aidiladha semalam.



Ini diumumkan Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) dalam satu kenyataan media.



Kesemua 25 pusat korban itu telah diluluskan sebelum ini di bawah rangka kerja pengawalan Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (Escas) pemerintah Australia.



Para juruaudit juga hadir di kesemua pusat korban untuk memastikan semua kambing diuruskan dan disembelihkan dengan betul.



Dalam kenyataan tersebut JKMS turut melahirkan rasa terima kasih kepada Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) atas bantuan mereka demi memastikan ibadah korban dapat dijalankan mengikut piawaian antarabangsa kebajikan haiwan.



Di samping itu, JKMS turut memuji pegawai masjid dan sukarelawan – terutama yang muda dan baru – yang bekerja keras untuk memastikan operasi ibadah korban berjalan lancar tahun ini.



Mengulas, pengerusi JKMS, Encik Saat Matari, berkata: 



“Kami dapat lihat lebih ramai muka baru yang mahu meraih pemahaman lebih mendalam, selain menghargai makna di sebalik ibadah korban ini.



“Malah, semasa sesi latihan, kami dapat lihat komitmen dan kesediaan mereka mahu belajar.



“Dengan kerjasama sukarelawan mapan, kami dapat lihat operasi korban yang lancar tahun ini.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >