Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ibadah korban menerusi masjid SG berjalan lancar di Australia

Hampir 5,500 kambing disembelih sehingga semalam, daging korban diagih mulai 14 Julai
Jul 12, 2022 | 05:30 AM

HAMPIR 5,500 kambing yang ditempah menerusi SalamSG Korban kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah disembelih sehingga semalam, kata jurucakap Muis.

Ini termasuk 360 ekor kambing oleh syarikat A2A Trading, 1,000 kambing oleh syarikat Shakira's, dan 4,099 oleh syarikat Hezom International sehingga sekitar 3.30 petang semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 5,459 kambing yang telah disembelih.

Tiga syarikat itu telah dipilih 54 masjid di sini bagi menyediakan daging korban tahun ini.

Jurucakap Muis berkata pihak mereka amat bersyukur proses ibadah korban setakat ini berjalan lancar.

"Alhamdulillah, kebanyakan ibadah korban yang ditempah melalui masjid-masjid di sini telah selamat dilaksanakan di Australia.

"Sebahagian penyembelihan akan diteruskan esok, selari dengan hari-hari tasyrik.

"Daging-daging korban akan diagihkan mulai 14 Julai," kata jurucakap itu, menjawab soalan Berita Harian (BH).

Buat tahun ketiga berturut-turut, tiada ternakan hidup dibawa masuk ke Singapura, dengan ibadah korban dilaksanakan di Australia dan dagingnya akan dihantar ke Singapura untuk dibeku dan diagihkan di sini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Muis telah menyediakan sejumlah 6,800 kambing dengan harga antara $350 dengan $370.

Menurut Muis dalam catatan di Facebook baru-baru ini, penyembelihan kambing korban akan dijalankan pada hari-hari tasyrik, iaitu dari semalam hingga esok.

BH sebelum ini melaporkan bahawa jurucakap Muis berkata daging korban akan dihantar terus ke rumah mereka yang melaksanakan ibadah korban oleh penyedia korban mereka.

Sohibul korban, iaitu individu yang melakukan korban, juga dikehendaki untuk menyatakan bahagian yang ingin mereka ambil semasa tempahan.

Menjawab pertanyaan BH, jurucakap Muis berkata masjid akan mengagihkan bahagian yang tidak diambil oleh sohibul korban kepada pelbagai penerima termasuk penerima zakat, sukarelawan, keluarga yang anggotanya dipenjara, pekerja asing dan kumpulan lain yang memerlukan.

"Jawatankuasa SalamSG Korban mengucapkan terima kasih kepada semua sohibul korban yang sudah memberikan kami amanah bagi korban tahun ini dan memohon doa daripada semua bagi operasi lancar di Australia dan seterusnya penghantaran ke Singapura kepada sohibul korban dan para penerima bantuan lain, termasuk para penerima zakat kami," tulis Muis dalam catatan Facebook mereka baru-baru ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3