Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Ibu 9 anak tekad perbaiki hidup keluarga

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu bapa kepada sembilan orang anak, Cik Dalia Mansor, 38 tahun dan suaminya Encik Hafiz Komari berusia 32 tahun, terpaksa bertungkus lumus menyediakan makanan sihat setiap hari untuk keluarga yang mereka.



Lebih mencabar, anak-anak mereka, yang berusia dari 19 bulan hingga 17 tahun, semakin membesar dan setiap satu mempunyai selera makan yang berlainan.



Biar demikian, hujung minggu ini, mereka sekeluarga sekurang-kurangnya mempunyai biskut yang enak untuk dinikmati bersama.



Keluarga Cik Dalia merupakan antara 1,140 keluarga berpendapatan rendah di daerah North East, yang menerima biskut cornflakes sihat, yang diagihkan sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.



Biskut-biskut amal itu dihasilkan oleh sekumpulan wanita yang juga peserta program 'Heart Bakers'.



Program ditujukan warga dari keluarga yang memerlukan. Mereka diajar cara membuat kuih dan selok-belok cara berniaga dari rumah dengan memasarkanna menerusi media sosial.



Biskut-biskut yang dihasilkan kemudian dijual pada para penduduk kawasan Timur Laut dan syarikat-syarikat korporat hasilnya kemudian didermakan kepada 1,140 keluarga yang memerlukan di kawasan tersebut.



Inisiatif itu bermula pada tahun 2018 tetapi ditangguh semasa wabak covid melanda.



Kelmarin sebahagian biskut-biskut yang dibuat itu telah diagihkan kepada para penduduk di Tampines Street 22.



Turut turun padang dan menghulurkan bantuan ialah mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo.



Beliau disertai kira-kira lebih 40 sukarelawan dari syarikat Grab dan pertubuhan akar umbi daerah itu.



Semasa mengagihkan habuan, Encik Desmond sempat beramah tamah dengan Cik Dalia dan keluarganya.



Dalam perbualan bersama Encik Choo, Cik Dalia melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat turut serta dalam program Heart Bakers kerana keadaan keluarganya tidak mengizinkan.



"Suami saya bekerja sebagai pekerja pembersihan dan tiap bulan hanya bawa pulang gaji $800, beliau terpaksa buat kerja sambilan sebagai penghantar makanan dan barangan yang ditempah dalam talian," kongsi Dalia yang turut bekerja sambilan menghantar barangan yang dipesan dalam talian.



"Kewangan adalah keutamaan saya dan ia adalah masalah nombor satu kami juga, selain mendapat bantuan daripada SSO buat sementara waktu, saya mengambil tempahan Tahu bagedil, roti kirai dan sebagainya tetapi sejak covid jadi saya tidak begitu aktif sebab pesanan mula berkurangan," tambah beliau.



"Anak pertama dan anak kedua saya lelaki dan yang lain semua perempuan," kongsinya lagi yang sedang menggendong anak bungsunya yang berusia 19 bulan.



"Bukan itu sahaja, saya baru-baru ini menjalani latihan untuk menjaga orang lanjut usia di Hospital Besar Changi(CGH), di mana mak saya kini sedang menjalani rawatan setelah terjatuh dan patah tulang pelvik, dan doktor telah beritahu lebih awal yang dia tak boleh berjalan untuk beberapa bulan akan datang," kongsinya lagi



"Bukan kami minta hidup sebegini, tapi situasi kami tak boleh dikawal, kededua ibu bapa saya dah lanjut usia dan sakit, sama dengan kededua mertua saya, rezeki kami dapat anak ramai dan sekarang apa yang kami utamakan ialah pembesaran dan pelajaran serta kesihatan anak-anak lah… Kami berdua sekarang mengambil kursus untuk tingkatkan kemahiran dan merancang untuk masa depan dengan lebih baik lah," kongsinya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >