Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu anak 4 tahun yang derita sindrom keradangan dek Covid-19 kongsi pengalaman dengan ibu bapa lain

Nov 08, 2021 | 09:21 PM



LEBIH tiga minggu setelah Muhammad Ali Zafir Mohamed Azmi, empat tahun, sembuh daripada Covid-19, dia demam panas dan menggigil diikuti dengan muntah-muntah dua hari kemudian.



Ibu bapanya yang risau membawanya ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) pada 1 November.



Keadaan kanak-kanak itu menjadi semakin teruk dalam sehari sehingga dia dialihkan dari wad biasa ke wad pergantungan tinggi dan kemudian ke unit jagaan rapi (ICU) di mana dia perlu diintubasi.



Doktor mendiagnos Ali dengan sindrom keradangan pelbagai sistem bagi kanak-kanak (MIS-C), sejenis penyakit teruk yang jarang berlaku yang menjejas kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19.



Ali merupakan satu daripada empat kes MIS-C yang dikesan daripada 8,000 kes kanak-kanak Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu lalu.



Punca MIS-C masih tidak diketahui.



Menurut ibunya, Cik Marilyn Cacanindin, Ali sembuh daripada Covid-19 September lalu.



Pada 29 Oktober, dia mula demam pada sekitar 6.45 petang.



"Kami ingatkan dia menggigil sebab demam biasa, jadi kami suruh dia rehat dan berikan ibuprofen (ubat demam)," kata Cik Marilyn.



Namun, demam dan gigilnya itu tidak bertambah baik malah, Ali mula muntah-muntah pada 31 Oktober.



Apabila dibawa ke KKH, Ali diberi 12 ubat berbeza, diintubasi dan diletakkan pada mesen pernafasan selama seminggu sehingga 7 November lalu.



"Saya dan suami risau tubuh kecilnya perlu melalui begitu banyak kesakitan dengan jarum di dalam badannya," kata Cik Marilyn.



Beliau berkongsi pengalamannya itu di Facebook dengan tujuan mendekati ibu bapa lain dan memberi amaran kepada mereka agar mereka sedar akan simptom-simptom pada anak-anak mereka yang mungkin sudah sembuh daripada Covid-19. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >