Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Ibu, anak perempuan mati lepas kereta terhumban ke dalam Longkang Alexandra

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ibu, anak perempuan mati lepas kereta terhumban ke dalam Longkang Alexandra

Jan 25, 2016 | 12:29 PM

MAYAT dua wanita, dipercayai ibu dan anak, ditemui selepas sebuah kereta terhumban ke dalam Longkang Alexandra pada Ahad (24 Jan) malam.

Menurut akhbar berbahasa Cina Lianhe Zaobao, kededua wanita itu berambut panjang dan berkulit cerah.

Seorang daripada mereka memakai kemeja-T jalur-jalur hitam putih.

Menurut saksi, kereta sedan berwarna perak itu muncul dari tempat letak kereta di Pusat Beli-Belah Valley Point di River Valley Road pada kira-kira 9 malam.

Ia memandu lurus ke dalam semak sebelah Longkang Alexandra sebelum masuk ke dalamnya.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba tidak lama selepas itu, sedang kira-kira 200 orang berkumpul dekat longkang dan pusat beli-belah tersebut untuk melihat apa sedang berlaku.

Lampu tebar cahaya dipasang dan tangga diletak di tempat di mana kenderaan itu dipercayai masuk ke dalam air.

Siasatan masih berjalan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3