Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa, anak faham perlu ikut aturan selamat pada hari pertama sekolah

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



Sedang murid-murid bersiap sedia bagi tahun persekolahan baru di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang akan bermula hari ini, BERITA HARIAN bercakap dengan dua pasang ibu bapa tentang persiapan mereka bersama anak mereka. Meskipun sesi orientasi bagi murid darjah satu tidak akan diadakan di sesetengah sekolah seperti biasa untuk mengelak daripada murid berkumpul ramai, ada ibu bapa yang telah mewujudkan rutin baru untuk membantu anak mereka menyesuaikan diri. Sementara itu, ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menghadapi peperiksaan utama seperti Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini turut mempersiap diri mereka untuk membantu anak mereka mengulangkaji pelajaran.



MEREKA agak sedih tidak dapat menemani anak sulung mereka pada hari pertama dia melangkah ke darjah satu di sekolahnya hari ini.



Namun, Cik Nurul Ain Saadon, 36 tahun, dan Encik Muhammad Ridwan Abbas, 41 tahun, yakin ini demi kebaikan dan keselamatan semua murid, kakitangan dan ibu bapa, di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang.



Na'eem Fikri Muhammad Ridwan, enam tahun, akan menghadiri Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah di Braddell Road.



"Kami diberitahu hanya boleh menghantarnya di pagar sekolah saja, tapi kami tak begitu bimbang kerana anak kami ini berdikari dan kami akan menantikan dia pulang untuk ceritakan kepada kami tentang hari pertamanya di sekolah," ujar Cik Nurul Ain, seorang guru sambilan.



Meskipun akur sesetengah kegiatan sekolah masih tidak dapat diadakan buat masa ini, ibu dua anak itu berharap anaknya akan mendapat banyak peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekolahnya daripada kelas lain tidak lama lagi.



Ini lebih-lebih lagi dengan program vaksinasi nasional yang diperluas bagi kanak-kanak lima hingga 11 tahun baru-baru ini dan sedang berlangsung sekarang.



"Kanak-kanak pastinya akan meraih manfaat kalau lebih banyak kegiatan sekolah dapat diadakan semula.



"Mereka dapat meningkatkan pembangunan sosial mereka jika dapat berinteraksi dengan lebih ramai rakan, selain rakan sedarjah mereka, dan ini lebih-lebih lagi bagi murid darjah satu untuk membantu mereka menyesuaikan diri dalam sekitaran yang baru," ujar Cik Nurul Ain.



Tambahnya, beliau juga yakin akan prosedur keselamatan yang dilaksana sekolah anaknya untuk memastikan keselamatan murid.



Beliau dan suami juga telah mempersiap Na'eem Fikri bagi darjah satu sepanjang tahun lalu, termasuk mengingatkannya untuk sentiasa menjaga kebersihan dan memakai pelitup dengan betul.



Dan apabila tiba masa bagi anak mereka mendapatkan vaksinasi Covid-19 nanti, Cik Nurul Ain berkata mereka akan menggalaknya untuk mendapatkan vaksin itu.



"Secara peribadi, saya prihatin juga kerana dia masih kecil tapi saya rasa ini yang terbaik," ujarnya.



Selain itu, mereka juga mempersiap Na'eem Fikri untuk bangun tidur lebih awal.



Kalau dahulu dia boleh bangun pukul 7 pagi untuk ke tadika yang bermula pada 8 pagi, kini dia perlu bangun sekitar 5.30 pagi untuk siap ke sekolah yang bermula pada 7.20 pagi.



Menurut Cik Nurul Ain, Na'eem Fikri, yang sebelum ini menghadiri tadika Kementerian Pendidikan (MOE) di Sekolah Rendah Valour di Punggol, juga berpeluang melihat sekitaran bilik darjah dan kantin di sekolah rendah itu untuk menyesuaikan dirinya dengan sekitaran sekolah rendah.



"Walaupun Na'eem Fikri akan ke madrasah dan bangunannya berbeza, sekurang-kurangnya pengalaman itu dapat memberinya idea bagaimana suasana sekolah barunya nanti.



"Kami juga berbincang tentang pengalamannya itu dan dia berkongsi dengan kami apa yang dia lakukan dan sebagainya," kata beliau.



Tambahnya, beliau juga menghadiri satu sesi taklimat yang dianjurkan buat ibu bapa bersama pengetua dan guru Madrasah Irsyad Zuhri sekitar Julai lalu.



Selepas sesi itu, Cik Nurul Ain berkata ibu bapa harus melakukan beberapa tugasan bersama anak mereka untuk mempersiap mereka bagi darjah satu.



"Kami sering mengingatkan anak kami bahawa fasa seterusnya ini berbeza berbanding semasa dia di tadika dahulu dan memerlukan rutin yang baru.



"Namun kami tidak begitu bimbang kerana... kami dah buat persiapan sejak awal tahun lalu lagi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >