Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa belajar tip didik anak berdwibahasa dalam webinar BH, Mendaki

Feb 07, 2021 | 04:19 PM



Sekitar 130 peserta telah menyertai webinar anjuran Berita Harian dan Yayasan Mendaki pada Ahad (7 Feb) di mana mereka belajar kepentingan dwibahasa dan tip mendidik anak berdwibahasa.





Seminar tersebut yang berlangsung pagi tadi dari 10.30 pagi hingga sekitar 11.45 pagi diadakan melalui wadah Zoom.



Pensyarah di Institut Pendidikan Awal Kanak-kanak (NIEC), Dr Raudhah Yahya, dan Profesor Madya Roksana Bibi Abdullah dari Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), yang merupakan panel pakar yang dijemput, telah berkongsi kepentingan kemahiran dwibahasa dalam pembangunan holistik anak-anak, mengapa penting mula mengajar bahasa dari sejak kanak-kanak itu kecil lagi serta beberapa tip praktikal mengajar dua bahasa atau lebih.

 



Di penghujung webinar, para peserta juga diberi peluang menanyakan soalan.

 



Antara soalan yang telah diajukan termasuk sama ada mencampurkan atau menggunakan dua bahasa dalam perbualan digalakkan serta sama ada ia akan menjejas kemahiran berbahasa anak tersebut.

 



Tip dan nasihat pakar akan dikongsi dalam laporan akhbar ini yang akan diterbitkan pada 8 Februari.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >