Ibu bapa harus proaktif, ajar anak bahaya dadah: Faishal, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ibu bapa harus proaktif, ajar anak bahaya dadah: Faishal

Feb 23, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menggesa ibu bapa supaya bersikap proaktif dan mencari peluang mengajar dan memaklumkan anak mereka mengenai bahaya dadah.

"Perjuangan menentang dadah tidak pernah berakhir. Ia mencabar dan mendesak, namun sesuatu yang diperlukan. Ia merosakkan kehidupan, keluarga dan hubungan.

"Bagi belia, kongsilah dengan orang yang anda sayangi mengenai kesan negatif penyalahgunaan dadah dan sertailah kami dalam komitmen terus bebas dadah.

"Bagi ibu bapa, saya menggesa anda supaya mencari saat-saat untuk melibatkan anak-anak anda dan mengajar mereka mengenai bahaya dadah," ujar Dr Faishal.

Beliau membuat gesaan itu melancarkan konsert dalam talian sulung #ILIVEFORDRUGFREESG semalam.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dr Faishal menambah bahawa ibu bapa juga perlu prihatin mengenai kehidupan dan lingkaran sosial anak mereka dan membimbing mereka ke arah gaya hidup sihat dan positif.

Konsert dalam talian itu sebahagian daripada kempen antidadah yang dianjurkan bersama oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA).

Disebabkan sekatan Covid-19 sekarang, konsert itu buat kali pertamanya dianjurkan dalam talian melalui laman Facebook CNB.

Dihoskan oleh Annette Lee, ia menampilkan beberapa persembahan oleh artis tempatan, seperti Benjamin Khen, Tabitha Nauser dan Yung Raja. Turut menyertai konsert itu ialah rakan masyarakat CNB seperti Bapa Sepanjang Hayat, Pusat Muzik dan Kesenian Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik Nanyang, Universiti Nasional Singapura dan sukarelawan belia.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map