Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa kini boleh kunjung Pulau Tekong pada hari pendaftaran rekrut baru SAF

SAF
Jan 20, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa dan orang tersayang rekrut baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah berpeluang mengunjungi Pulau Tekong semasa hari pendaftaran Isnin lalu selepas langkah tersebut dihentikan dua tahun lalu.



Orang luar tidak dapat melawat Pusat Latihan Tentera Asas (BMTC) bagi hari pendaftaran sejak April 2020 disebabkan langkah pengurusan keselamatan yang dikuatkuasakan dalam keadaan pandemik Covid-19.



Menurut BMTC, ibu bapa bakal rekrut telah menaiki bas dari pusat pertukaran bas Pasir Ris ke Kem Selarang di mana mereka telah menjalani ujian rapid antigen (ART) yang dipantau sebelum menaiki feri ke Pulau Tekong dari Terminal Feri SAF.



Sebaik tiba di sana, bakal rekrut telah menjalani proses pendaftaran manakala ibu bapa mereka dibawa ke sekeliling lokasi latihan dan struktur.



Para tamu juga dibawa melihat tempat tidur dan peralatan yang digunakan rekrut sebelum dibawa menyaksikan sesi angkat sumpah dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang bakal berkhidmat.



Dalam kiriman pos di Facebook, BMTC berkata: "Sedang mereka yang bakal berkhidmat memulakan perjalanan mereka untuk mempertahankan negara, BMTC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan orang tersayang sedang Singapura meneruskan perjalanannya ke arah kehidupan endemik."



Selama sekitar dua tahun, tetamu tidak diundang ke BMTC pada hari pertama NS untuk mengelakkan perhimpunan beramai-ramai di sana.



Antara langkah lain yang diambil BMTC termasuk menguruskan bakal rekrut dalam kumpulan lebih kecil dan mengarahkan mereka mengamalkan penjarakan selamat pada masa makan di kantin atau semasa mengambil peralatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >