Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PENGUMUMAN MTF BAGI MENANGANI COVID-19

Ibu bapa mahu anak divaksinasi tapi prihatin

KKH mula terima kanak-kanak 5-11 tahun bagi sertai ujian vaksinasi Covid-19
Nov 17, 2021 | 05:30 AM



IBU bapa yang dihubungi Berita Harian sokong usaha memvaksinasi anak mereka terhadap virus Covid-19, tetapi prihatin mengenai kurangnya data kukuh berhubung keberkesanan vaksin itu dan menyoal apakah tempoh bagi menilai data percubaan klinikal mencukupi.



Ini walaupun para pakar berkata ada keperluan melindungi kanak-kanak daripada Covid-19 melalui vaksinasi dan mengelakkan mereka menjadi penyebar virus itu.



Pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19 menyatakan semalam Singapura telah menandatangani perjanjian bekalan baru dengan Pfizer bagi vaksin pediatrik Covid-19 bagi kanak-kanak lima hingga 11 tahun.



Semalam, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) berkata ia telah mula mengambil peserta ujian vaksinasi Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak lima hingga 11 tahun.



Kanak-kanak dalam usia itu yang tidak pernah dijangkiti Covid-19 dan berhasrat mendapatkan suntikan vaksin menyertai ujian itu.



Data yang diperoleh menerusi kajian ini akan digunakan bagi memaklumkan dasar vaksinasi kesihatan awam untuk melindungi kanak-kanak daripada Covid-19, kata KKH.



Baru-baru ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin itu kepada golongan usia itu.



Syarikat Pfizer dan BioNTech telah menyatakan vaksin mereka menunjukkan keberkesanan 90.7 peratus terhadap koronavirus itu dalam satu ujian klinikal kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.



Seorang ejen hartanah, Encik Mohd Hafiz Ramlan, bapa lima anak berumur 39 tahun, mengalu-alukan langkah pemerintah memberi vaksin itu kepada kanak-kanak jika ia diluluskan bagi budak bawah 12 tahun.



"Saya percaya ini cara terbaik untuk melindungi mereka. Anak sulung saya berumur 14 tahun telah mengambil dua dos penuh.



"Walaupun anak saya mengalami kelenguhan pada lengannya selepas mendapatkan suntikan, saya tidak fikir kesan sampingannya melebihi kebaikannya. Lagipun saya yakin pemerintah akan melakukan kajian teliti untuk memastikan vaksin itu selamat bagi kanak-kanak dalam kumpulan usia ini," katanya.



Bagaimanapun, seorang ibu tiga anak berusia antara enam tahun dengan 11 tahun, yang ingin dikenali hanya sebagai Cik Sarah, 37 tahun, berkata beliau akan membenarkan anaknya divaksinasi hanya jika lebih banyak penyelidikan dan ujian lebih lengkap telah dijalankan ke atas vaksin mRNA.



"Jika ada vaksin bukan mRNA, saya mungkin memilih agar anak saya divaksinasi. Tetapi buat masa ini, vaksin ini bak satu eksperimen bagi kumpulan usia ini dan ujiannya juga belum selesai. Data tentang reaksi kanak-kanak terhadap vaksin ini juga masih samar-samar," katanya.



Singapura telah memberi lebih sembilan juta dos vaksin mRNA dan lebih 13,000, atau 0.13 peratus, kejadian kesan buruk disyaki dilaporkan, dengan 634 laporan, atau 0.006 peratus, diklasifikasikan sebagai kejadian buruk serius, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam.



Bagi kumpulan usia 12 hingga 18 tahun, kejadian buruk yang sering dilaporkan ialah gatal-gatal, sukar bernafas, demam dan bengkak pada kelopak mata, muka dan bibir.



Pakar penyakit berjangkit daripada Rophi Clinic, Dr Leong Hoe Nam, berkata dari segi kesan sampingan, buat masa ini pihak perubatan menganggarkan risiko myocarditis daripada vaksin itu sekitasr 1 bagi setiap 100,000 dos vaksin.



Pakar perbidanan dan sakit puan Hospital Raffles, Dr Jazlan Joosoph, pula berkata vaksin bagi kanak-kanak lima dengan 11 tahun diperlukan kerana mereka antara penyebar ketara Covid-19 di sini.



"Secara peribadi saya mempunyai beberapa pesakit, termasuk sedang hamil, yang menjangkiti Covid-19 daripada anak-anak mereka.



"Oleh itu, kanak-kanak perlu dilindungi, diimunisasi terhadap Covid-19 dan mereka perlu dielakkan daripada menjadi sumber penularan virus itu," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >