Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Ibu bapa main peranan penting dalam kesejahteraan pendidik: Chun Sing

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ibu bapa main peranan penting dalam kesejahteraan pendidik: Chun Sing

Sep 13, 2022 | 05:30 AM

USAHA untuk mengurangkan beban kerja guru sedang dijalankan, tetapi ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam kesejahteraan pendidik, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Dengan menghormati masa peribadi guru dan meminimumkan komunikasi dengan mereka di luar waktu kerja, ibu bapa dan orang ramai boleh menetapkan jangkaan yang sesuai bagi sejauh mana mereka harus melakukan tanggungjawab mereka, kata Encik Chan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan beliau kepada soalan yang ditanya oleh beberapa anggota parlimen (AP) mengenai usaha tambahan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mengekalkan guru-guru dalam profesion mereka dan memperbaiki keadaan kerja mereka.

Soalan-soalan itu timbul selepas MOE mengumumkan Ogos lalu bahawa sekitar 35,000 guru akan mendapat kenaikan gaji antara lima peratus dengan 10 peratus mulai 1 Oktober, dalam usaha mereka untuk menarik dan mengekalkan pendidik yang baik.

Sejak beberapa tahun lalu, MOE telah memperkemas proses pentadbiran seperti memusatkan perkhidmatan bagi pembelian biasa, dan membuat pengambilan kehadiran secara elektronik, kata Encik Chan.

"Ini membolehkan guru menumpukan masa mereka kepada kerja yang berpusatkan pelajar, termasuk kegiatan kokurikulum dan kaunseling."

Sekolah-sekolah juga telah melaksanakan aturan pekerjaan fleksibel untuk guru-guru sejauh mana yang boleh dilaksanakan, seperti mengadakan mesyuarat pada waktu tengahari secara maya atau hibrid, manakala jawatankuasa kesejahteraan bagi kakitangan sekolah juga telah diberikan lebih banyak dana kebajikan, tambah beliau.

Tetapi ibu bapa juga boleh membuat perbezaan yang besar kepada kesejahteraan guru, kata Encik Chan.

Beliau juga turut memberi penghormatan kepada kumpulan sokongan ibu bapa dan kumpulan alumni yang telah membantu meringankan beban kerja guru dan memberi contoh untuk hubungan ibu bapa dan guru yang positif.

Namun demikian, ada juga ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh MOE untuk berinteraksi dengan guru, kata Encik Chan.

"Beberapa contoh-contoh negatif ialah apabila ibu bapa menyoal guru-guru untuk isu-isu yang kecil, dan ini memakan masa yang panjang bagi guru-guru yang perlu cuba menjawab soalan-soalan itu," tambah beliau.

Menjawab soalan tambahan oleh AP Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade), yang menanyakan jika MOE akan mempertimbang untuk melakar sempadan yang jelas di sekeliling apa yang ibu bapa boleh atau tidak boleh lakukan, Encik Chan berkata kementerian itu mempunyai kod tatalaku yang mereka telah komunikasikan kepada ibu bapa dan orang awam.

Garis panduan yang terdapat di laman MOE itu mempunyai kenyataan yang menggalakkan ibu bapa untuk mengambil tahu cara komunikasi yang dipilih oleh para guru.

Encik Chan juga menyatakan bahawa para guru tidak perlu berkongsi nombor telefon bimbit mereka dengan para ibu bapa dan menyarankan para ibu bapa untuk memahami bahawa guru mungkin tidak dapat memberi respons kepada pertanyaan mereka dengan segera.

Beliau turut menggesa ibu bapa supaya bekerjasama dengan sekolah untuk mematuhi kod itu.

Encik Chan berkata: "Memandang ke arah yang lebih besar, kadangkala ia berguna untuk kita mengambil satu langkah ke belakang dan bertanya kepada diri kita sendiri apakah jenis persekitaran yang kita mahu di sekolah-sekolah untuk kita membesarkan anak-anak kita yang berdikari, berdaya tahan dan kreatif.

"Kadangkala, jika kita mengatasi sesuatu perkara dengan menghapuskan semua ketidakpastian dan kesukaran daripada kehidupan kanak-kanak itu, ia mungkin bukan cara terbaik untuk kita membesarkan anak-anak kita," ujar beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3