Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa mempunyai peranan sokong anak bina rumahtangga mantap

Dec 03, 2017 | 05:54 PM



DALAM usaha memberi lebih banyak sokongan kepada pasangan muda, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) akan bekerjasama dengan Angkatan Karyawan Islam (AMP) untuk menilai semula program di Hab Inspirasi bagi melibatkan ibu bapa mereka dalam program itu.



Ini akan dilakukan dengan sokongan Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial (MSF), kata Pengarah Kanan Khidmat Keluarga di PPIS, Cik Azita Abdul Aziz.



Mengongsi antara rancangan masa depan Hab Inspirasi itu semasa Hari Keluarga Kelab Inspirasi 2017 tadi, Cik Azita berkata satu kajian yang dijalankan pihaknya menunjukkan ibu bapa memainkan peranan amat penting dalam menyokong anak mereka membina rumahtangga yang mantap.



Bertemakan ‘Berganding Bahu Mengukuh Mahligai’,  Hari Keluarga Kelab Inspirasi 2017 di Safra Punggol juga mengiktiraf ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam membantu anak mereka mengharungi cabaran dalam kehidupan, terutamanya dalam peringkat awal perkahwinan mereka.



Acara itu turut meraikan ulang tahun ke-10 Hab Inspirasi kendalian PPIS dan AMP yang menyediakan sokongan dan program pengayaan serta persiapan rumahtangga untuk pasangan muda dalam sepuluh tahun pertama perkahwinan mereka.



Acara itu dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, selaku tetamu terhormat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >