Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa perlu main peranan bangun pendidikan holistik anak

Apr 01, 2019 | 05:30 AM



IBU bapa perlu terus memainkan peranan dalam pembangunan anak mereka, sedang perubahan sistem pendidikan lebih holistik dilaksanakan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Menyatakan demikian di luar satu acara Brunch With Mendaki melibatkan sekitar 150 ibu bapa berserta anak mereka, Dr Faishal turut menekankan bahawa perubahan landskap pendidikan bukan sekadar pada bidang akademik, bahkan kemahiran lain seperti moral dan tingkah laku.



Ini kerana ibu bapa adalah rakan kongsi dan menjadi contoh kepada anak mereka, kata beliau.



"Kita mahu bangunkan anak kita, bukan sekadar dalam bidang akademik, supaya mereka timba pengetahuan kehidupan, dari segi moral, kelakonan dan kemahiran lain yang boleh dibangunkan.



"Saya ingin beri lebih banyak ruang kepada ibu bapa agar mereka lebih memahami bahawa pendidikan di sini lebih holistik.



"Maka ibu bapa perlu mainkan peranan bersama dengan memberi ruang lebih luas kepada anak bukan sekadar dalam bidang akademik, tapi dalam aspek kehidupan sebagai individu," katanya kepada media.



Di sesi perkongsian yang berlangsung di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair di Jurong East itu, Dr Faishal bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang, serta Pengetua Sekolah Menengah Orchid Park, Encik Shawal Hussin, telah menjadi panel satu perbincangan dengan ibu bapa dipelawa mengajukan soalan berkaitan landskap pendidikan.



Antaranya termasuk cara menangani remaja yang tidak menyuarakan atau berbincang tentang kegiatan harian dengan ibu bapa mereka, dan sekiranya sistem Pengumpulan Berdasarkan Mata Pelajaran Secara Penuh (SBB Penuh) akan menjejas pendidikan madrasah.



Semasa ditemui, seorang ibu yang hadir di majlis itu, Cik Hadijah Bee Mohamad Gani, 42 tahun, melahirkan keyakinannya ke atas semua perubahan yang dilakukan dalam sektor pendidikan, namun masih prihatin dengan pembangunan lain seperti disiplin yang diterap di sekolah.



"Saya sendiri perhatikan anak-anak mulai berubah apabila melangkah ke sekolah menengah.



"Tapi sebagai ibu, saya tidak akan abaikan peranan untuk terus bimbing mereka sebagai persiapan pada masa akan datang," jelas ibu enam anak itu.



Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, dalam bahas Belanjawan mengumumkan penyaluran pelajar akan ditiadakan menjelang 2024.



Menggantikannya ialah SBB Penuh yang memberi peluang kepada pelajar mengambil subjek pada peringkat lebih tinggi atau rendah, berdasarkan keupayaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >