Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Ibu bapa terbuka si cilik dapatkan vaksin Covid

Namun ada ambil pendekatan tunggu dan lihat, ada mahu ia diwajib bagi kanak-kanak bawah lima tahun
Jul 03, 2022 | 08:33 AM



CIK Wan Aloeiyah Warki, ibu empat cahaya mata, telah menghantar dua anaknya berusia sembilan dan 12 tahun untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19.



Kini, beliau sedang menanti jika ada pengumuman membolehkan anaknya yang berusia tiga tahun boleh turut diberi vaksinasi.



"Tentu sekali saya ingin menghantar anak saya untuk mendapatkan vaksinasi apabila ia dibenarkan.



"Anak saya yang berumur lima tahun itu pernah dijangkiti Covid-19. Lebih baik, kami ambil tindakan dengan kemunculan subvarian baru BA.4 dan BA.5 Omicron sekarang ini," kongsi Cik Wan Aloeiyah, 40 tahun.



Kebanyakan ibu bapa yang diwawancara Berita Minggu bersikap terbuka untuk anak-anak mereka mendapat vaksinasi Covid-19 jika ia diluluskan bagi golongan itu di Singapura.



Sebahagian ibu bapa mengambil pendekatan tunggu dan lihat jika vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna diluluskan untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.



Cik Hanisah Kamalludin, 33 tahun, jururawat dan ibu dua anak berumur lima dan empat tahun, berkata:



"Sebagai ibu bapa, tentu sekali kami khuatir jika ada komplikasi terhadap anak kami selepas divaksinasi.



"Saya lebih senang jika lebih kajian dikeluarkan sebelum mendaftarkan anak-anak saya untuk mendapatkan suntikan vaksinasi."



Sebagai pekerja dalam sektor penjagaan kesihatan, Cik Hanisah akur beliau lebih terdedah kepada virus itu.



Maka itu, beliau akan lebih cenderung mengajak anaknya mendapat vaksin selepas lebih banyak kajian klinikal dikeluarkan.



Seorang lagi ibu, Cik Nurul Ashidah, 37 tahun, berkata beliau akan rasa lebih yakin dan selamat sekiranya pihak berkuasa mewajibkan pengambilan vaksin tersebut bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.



"Tetapi jika mereka tidak secara rasmi menyatakan vaksinasi itu wajib, saya akan menangguhkan selagi boleh," ujar ibu dua anak berusia lapan bulan dan lima tahun.



Pekerja sumber manusia yang ingin dikenali sebagai Cik Cahaya, 29 tahun, dan mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun berkata:



"Anak kami dijangkiti virus Covid-19 awal tahun ini. Kami percaya bahawa kanak-kanak mempunyai imun melawan virus itu secara semula jadi.



"Namun sebagai ibu bapa, kami menyedari hakikat jika anak kami tidak diberi vaksin pada masa akan datang.



"Ia mungkin akan menyekat anak kami daripada menyertai kegiatan sosial harian dan hidup secara biasa."



Cik Daanaa Rafiqa Mohamed Isa, 35 tahun, terkesan selepas mendapat tahu berita tentang kes pertama kanak-kanak berusia satu setengah tahun di Singapura yang meninggal selepas dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.



"Saya pasti menghantar kedua-dua anak saya mendapatkan vaksinasi apabila umurnya mencecah lima tahun.



"Kedua-dua anak saya, berumur tiga dan empat tahun, pernah dijangkiti Covid-19.



"Saya ingin melindungi mereka daripada varian baru ini supaya mereka tidak dijangkiti semula," kata beliau.



Profesor Madya Thoon Koh Cheng, Perunding Kanan, Perkhidmatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), berkata vaksin kekal menjadi antara kaedah paling berkesan yang melindungi diri daripada jangkitan.



"Untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan, kami menggalakkan ibu bapa supaya memberi vaksin kepada anak-anak daripada menunggu.



"Menunggu bermakna kanak-kanak tidak dilindungi - semakin lama menunggu, semakin lama mereka tidak dilindungi," kata beliau.




"Untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan, kami menggalakkan ibu bapa supaya memberi vaksin kepada anak-anak daripada menunggu.

Menunggu bermakna kanak-kanak tidak dilindungi - semakin lama menunggu, semakin lama mereka tidak dilindungi."

- Profesor Madya Thoon Koh Cheng, Perunding Kanan, Perkhidmatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >