Ibu bayi diberi pelepasan sementara dari tuduhan bunuh, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

KES MAYAT BAYI DALAM PERIUK

Ibu bayi diberi pelepasan sementara dari tuduhan bunuh

Mar 03, 2021 | 05:30 AM

SEORANG wanita yang dituduh membunuh anak perempuannya berusia dua tahun, di mana sisa bayi dijumpai dalam periuk besi lima tahun setelah jenayah yang didakwa itu, telah dilepaskan daripada kesalahan membunuh buat sementara waktu.

Wanita berusia 32 itu diberikan pelepasan semalam tetapi ia tidak sama dengan pembebasan - bermakna dia masih lagi boleh didakwa bagi kesalahan membunuh itu berdasarkan bukti baru yang timbul.

Wanita itu juga masih menghadapi 12 tuduhan tambahan, termasuk beberapa tuduhan penderaan melibatkan empat kanak-kanak lain.

Kesnya dijangka dibicarakan lagi pada 13 April.

Dia dan suaminya berusia 33 tahun didakwa pada September 2019 kerana membunuh anak perempuan mereka di flat Chin Swee Road pada Mac 2014.

Berita Popular

Sisa bayi itu ditemui dalam periuk pada 2019.

Mereka tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.

Bagi bapanya pula, Pejabat Peguam Negara (AGC) berkata dalam kenyataan sebelum ini bahawa ia akan meneruskan dakwaan pembunuhan terhadapnya.

Dia juga menghadapi 13 dakwaan lain, termasuk penderaan kanak-kanak, menghalang proses keadilan dengan membuang dan menyembunyikan mayat kanak-kanak perempuan itu, memberi maklumat palsu kepada penjawat awam tentang keberadaannya dan mengambil dadah.

Menurut laporan awal, suami isteri itu dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi anak.

Mereka juga merupakan penghuni berdaftar di flat di mana mayat tersebut ditemui.

Jiran-jiran berdekatan berkata terdapat bau yang kuat seolah-olah "benda membusuk" di kawasan koridor rumah itu sekurang-kurangnya seminggu sebelum mayat itu ditemui dalam unit itu.

Menurut akhbar Lianhe Wanbao, pegawai polis dikatakan meninggalkan unit itu dengan periuk besi dan sebuah beg.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map