Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bela anak tidak bohong tentang tuduhan dicabul ayah

Nov 17, 2016 | 07:41 AM



SEORANG ibu membela anak remaja perempuannya pada Rabu (16 Nov) terhadap dakwaan dia berbohong tentang penderaan seksual oleh bapanya, seorang pembantu kedai makan berusia 42 tahun.

Berdiri sebagai saksi pendakwaan, ibu berusia 40 tahun itu mendedahkan bahawa selama tiga minggu beliau menimbangkan sama ada melaporkan atau tidak perkara itu kepada polis.

Ini selepas anaknya, yang berumur 13 ketika itu dan anak sulung daripada tiga adik-beradik, mendakwa dia didera secara seksual oleh bapanya, yang sekarang telah bercerai daripada isterinya.

Wanita itu memberitahu Mahkamah Tinggi: "Saya masih dalam keadaan terkejut dan saya perlukan masa untuk berfikir dan menimbang kebaikan dan keburukannya."

Apabila Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Amanda Chong bertanya apa yang dimaksudkannya dengan "kebaikan dan keburukannya", beliau menjawab: "Tiada siapa mahu keluarganya berpecah. Dan saya perlu bercakap dengan ahli keluarga saya yang lain."

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 10 tuduhan bagi pelbagai kesalahan seksual, termasuk empat serangan seksual dengan penembusan, terhadap anaknya itu.

Kesalahan itu dikatakan dilakukannya antara akhir 2011 dan April 2014, ketika anaknya berusia antara 11 dan 13 tahun.

Ibu itu sedang makan malam di rumah pada 16 April 2014 apabila beliau menerima mesej teks daripada anaknya, yang mendedahkan perkara itu.

Apabila kata-kata anaknya mula masuk ke dalamnya 12 minit kemudian, pembantu pentadbiran itu menghantar jawapan kepada anaknya bahawa beliau sayang anaknya dan akan sentiasa bersama anaknya.

Dalam pertukaran mesej melalui WhatsApp, beliau menyuruh anaknya bersumpah bahawa dia bercakap benar. Apabila remaja itu pulang ke rumah, beliau sekali lagi bertanyanya.

"Dia menangis dengan kuat," kata wanita itu.

Esoknya, beliau mengusir suaminya keluar dari flat mereka. Tiga minggu kemudian, beliau membuat laporan polis dan memfailkan perceraian.

Dalam pemeriksaan balas, peguam bela Siaw Kin Yeow berkata dalam perbualan teks wanita itu, beliau tidak menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan anaknya atau meminta butir-butir mengenai apa sebenarnya berlaku.

Peguam itu mencadangkan kepada beliau bahawa mesej teks itu adalah satu "rekaan".

"Anak awak tidak mengalami sembarang serangan seksual oleh suami awak," tegasnya.

"Saya tidak setuju!" jawab wanita itu, menaikkan suaranya.

Beliau juga memberi keterangan bahawa anaknya masuk ke bilik tidur utama tiga kali seminggu untuk menggunakan komputer bagi tugasan sekolah, semasa suaminya berada di dalam.

Beberapa kali, pintu dikunci apabila dia cuba membukanya. Wanita itu berkata beliau membiarkan perkara itu kerana dia tidak mahu mengganggu anaknya membuat kerja sekolahnya, dan beliau tidak ingat reaksi anaknya apabila keluar dari bilik selepas bersendirian bersama tertuduh.

Beliau tidak mempunyai masalah rumah tangga dengan tertuduh, selain pertengkaran mengenai isu-isu kewangan.

Wanita itu juga disoal oleh pendakwa mengenai saiz kemaluan suaminya dan hubungan seksual mereka. Sebahagian daripada hujah pembelaan ialah mustahil bagi tertuduh, yang telah menjalani pembedahan pembesaran zakar, mempunyai hubungan seks dengan anaknya.

Perbicaraan disambung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >