Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu berkorban demi anak

May 14, 2017 | 05:30 AM



SETIAP pagi, sebaik sahaja bangkit dari lena, Cik Asma Bibi Abdullah, 69 tahun, bergegas untuk mandi dan mendirikan solat subuh sebelum menyediakan sarapan untuk anaknya.



Cik Asma, yang bertugas sebagai pekerja pembersihan di sebuah hospital privet, juga perlu meluangkan sedikit masa untuk menyediakan ubat anaknya sebelum beliau keluar dari rumah.



Anaknya, Encik Sulaiman Pakeer Mohamed, 48 tahun, menghidap pelbagai penyakit, termasuk masalah ginjal, kencing manis dan sawan; dan perlu mengambil 30 jenis ubat berbeza setiap hari.



Malah, serangan sawan yang kerap itu membuat Encik Sulaiman terjatuh tangga dan mencederai kepalanya pada 2000 - insiden yang mendorong Cik Asma berpindah ke flat HDB tiga bilik di tingkat satu di Bukit Panjang.



Encik Sulaiman juga mengalami masalah kecerdasan otak, yang menyebabkannya kurang mampu berdikari dan berkelakuan seperti kanak-kanak.



Beliau dilahirkan normal, tetapi mengalami masalah kecerdasan otak sejak diserang demam panas semasa melawat neneknya di India ketika berusia empat tahun.



Kini, Encik Sulaiman hanya mampu bertutur menggunakan perkataan mudah dan melakukan perkara mudah seperti mandi dan memakai pakaian. Namun, beliau tetap memerlukan penjagaan 24 jam sehari.



Menurut Cik Asma, beliau bimbangkan keberadaan Encik Sulaiman, terutama di masa depan, sejak saat itu.



"Tentulah saya susah hati, tetapi apalah yang boleh saya lakukan? Saya hanya mampu cekalkan hati dan bekerja keras.



"Jika bukan kerana dia (Encik Sulaiman), saya sudah lama bersara," kata Cik Asma, yang ada tiga lagi anak lelaki berusia antara 57 dengan 47 tahun.



Suaminya meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pada 1987. Sejak itu, Cik Asma menyara kehidupan keluarganya sendirian.



Kini, tiga anaknya telah berpindah selepas berkahwin, meninggalkan Cik Asma dan Encik Sulaiman.



Cik Asma, yang bekerja enam hari seminggu, menghantar Encik Sulaiman ke Pusat Penjagaan Hari Ren Ci semasa beliau bertugas.



Seorang lagi anaknya akan menemani Encik Sulaiman setiap petang, semasa menanti beliau pulang dari kerja.



Tiga hari seminggu, beliau akan menghantar Encik Sulaiman menjalani rawatan dialisis, sejurus selepas pulang dari kerja.



Lantaran itu, Cik Asma mengambil keputusan memulakan tabung amanah dengan Syarikat Amanah Keperluan Khas (SNTC) bagi menjaga keperluan Encik Sulaiman selepas beliau meninggal dunia.



Antara lain, ini bermakna SNTC akan melaksanakan perintah Cik Asma berkenaan penjagaan Encik Sulaiman sebagaimana yang diarahkannya dalam surat hasrat dan wasiatnya, selepas Cik Asma meninggal dunia.



Walaupun akur beliau tidak mempunyai banyak harta untuk diwariskan, Cik Asma berkata beliau tiada pilihan lain.



"Saya tidak mahu membebankan anak saya yang lain kerana mereka semua mempunyai keluarga sendiri," ujar nenek enam cucu itu.



"Sebenarnya, saya selalu berdoa agar beliau pergi lebih dulu daripada saya," ujar Cik Asma, lalu mengesat air matanya yang mula menitis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >