Ibu bertekad tingkat kemahiran demi keluarga, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Ibu bertekad tingkat kemahiran demi keluarga

Jun 10, 2019 | 05:30 AM

SEPERTI ramai ibu lain yang bekerja, Cik Nur Iza Ibrahim sentiasa bergelut mencari masa untuk diluangkan bersama keluarganya.

Namun ibu empat anak berusia antara sembilan dengan tiga tahun itu tetap sanggup berkorban masa dengan keluarga untuk menjalani latihan untuk mempertingkat kemahirannya di tempat kerja.

Cik Nur Iza, seorang eksekutif pentadbiran di syarikat khidmat sekitaran Anergy Building Service, berkata mencipta masa depan lebih baik bagi keluarganya adalah antara sebab utama beliau berazam terus menambah kemahirannya.

"Tentu sekali, saya mempunyai cita-cita untuk mendaki tangga korporat dan membuka laluan kerjaya lebih baik bagi diri saya sendiri.

"Namun, cita-cita ini lahir daripada keinginan untuk memberi kehidupan terbaik kepada anak-anak dan keluarga," kata Cik Nur Iza, 32 tahun.

Discover Malay Home Based Businesses

Baru-baru ini, Cik Nur Iza melengkapkan kursus diploma Kepimpinan dan Pengurusan Manusia yang ditadbirkan oleh rangka kerja Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) Singapura.

Selama empat bulan, Cik Nur Iza, yang tinggal di Teck Whye, menghadiri kelas di Kallang dari 6 petang hingga 10 malam empat kali seminggu.

Mujurlah, menurut Cik Nur Iza, suami dan keluarganyanya amat memahami. Malah, suaminya juga menyokongnya dengan menjaga anak-anaknya semasa beliau tiada di rumah.

"Bagi saya, sokongan keluarga penting bagi apa sahaja yang ingin kita lakukan... jadi, sokongan yang diberikan suami dan keluarga menjadi bak pendorong bagi saya untuk melengkapkan kursus itu," kata Cik Nur Iza.

Sebenarnya, Cik Nur Iza dicalonkan oleh syarikatnya untuk menyertai kursus diploma itu, yang terangkum dalam Program Dwi Diploma LEAP yang dikendalikan Persatuan Pengurusan Sekitaran Singapura (Emas).

Ia berbuat demikian kerana telah mengenal pasti Cik Nur Iza sebagai calon yang berpotensi menjadi seorang pemimpin di tempat kerja. Cik Nur Iza juga akan dihantar ke kursus lain untuk terus mempertingkat kemahiran dan keupayaan.

Menurut Cik Iza, beliau kini ditugaskan, antara lain untuk membeli barangan untuk syarikatnya, mengemas kini stok dan menguruskan sebahagian khidmat yang ditawarkan syarikatnya itu.

Sedikit sebanyak, kursus yang dijalaninya itu telah membantunya menangani isu di tempat kerja dengan lebih baik, termasuk dalam menguruskan konflik.

Di masa hadapan, Cik Iza berhasrat untuk menambah kemahiran dengan menjalani kursus tenaga manusia dan beberapa lagi kursus lain.

"Ganjaran bagi pengorbanan sedikit ini mungkin hanya lebih ketara di masa hadapan. Bagi saya, jika berpeluang, setiap pekerja harus merebut peluang untuk mempertingkat kemahiran." kata beliau.


"Tentu sekali, saya mempunyai cita-cita untuk mendaki tangga korporat dan membuka laluan kerjaya lebih baik bagi diri saya sendiri.

"Namun, cita-cita ini lahir daripada keinginan untuk memberi kehidupan terbaik kepada anak-anak dan keluarga.''
- Cik Nur Iza.

Datuk terus pertingkat kemahiran kerja di usia senja

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map