Ibu buat penyesuaian susuli langkah larang hantar anak ke rumah datuk nenek, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

Ibu buat penyesuaian susuli langkah larang hantar anak ke rumah datuk nenek

Apr 14, 2020 | 05:30 AM

KALAU pada hari-hari biasa, Cik Hana Nordin akan menghantar anak tunggalnya ke rumah ibu bapa mentuanya pada Isnin dan hanya akan mengambilnya pulang pada Jumaat.

Pada hari anaknya, Ali Azraei Mohd Hasrul, tiga tahun, perlu ke prasekolah, beliau mengambil anaknya dari rumah ibu bapa mentuanya, menghantarnya ke sekolah, mengambil anaknya pulang dan menghantarnya semula ke rumah ibu bapa mentua sebelum ke tempat kerja.

Namun, semua itu perlu berubah menyusuli langkah terkini pemerintah yang tidak membenarkan ibu bapa menghantar anak mereka ke rumah datuk nenek setiap hari.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha negara untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Dalam satu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian kelmarin, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata sekiranya terdapat susunan bagi datuk nenek menjaga cucu mereka, ibu bapa harus meninggalkan anak-anak itu dengan datuk nenek mereka sepanjang tempoh 'pemutus litar' yang berakhir pada 4 Mei.

Ini bagi melindungi warga emas dengan mengurangkan risiko pendedahan kepada virus.

Cik Hana, konsultan kewangan, berkata sejak prasekolah digantung, rutin yang sama masih dikekalkan dengan anaknya dihantar ke rumah ibu bapa mentuanya yang tinggal berdekatan dengan rumahnya pada Isnin dan diambil pulang pada Jumaat.

Beliau dan suaminya akan tetap menjenguk anaknya sebelum ke tempat kerja hampir setiap hari.

Ibu dan bapa mentuanya masing-masing berusia 62 tahun dan 68 tahun.

Namun, dengan perubahan terkini, semalam merupakan hari terakhir beliau bertemu dengan pelanggan dan bakal pelanggannya yang kini lebih prihatin terhadap pelan insurans kesihatan.

"Saya kini akan duduk rumah sepenuh masa. Semua janji temu akan dialih ke dalam talian. Sekiranya ada keperluan saya bertemu pelanggan, saya akan membuat rancangan lain," ujarnya.

Suaminya, Encik Hasrul Samat, 37 tahun, eksekutif muatan, juga bekerja dalam bidang perkhidmatan utama, dan sukar bekerja dari rumah.

Meskipun demikian, Cik Hana berkata beliau akur langkah yang diambil pemerintah amat diperlukan bagi menangani pandemik Covid-19.

"Sekiranya ada klien yang perlu bertemu dengan saya, saya harap majikan suami saya juga dapat lebih fleksibel dengan pekerjaannya, mungkin dengan membenarkannya masuk lewat sedikit agar saya dapat terus bekerja.

"Apa pun, sekurang-kurangnya semasa tempoh 'pemutus litar' ini, saya dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan anak saya," katanya lagi.


"Apa pun, sekurang-kurangnya semasa tempoh 'pemutus litar' ini, saya dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan anak saya."
- Cik Hana Nordin.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map