Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu buat tuduhan palsu dirogol anak: Peguam

Jul 20, 2016 | 10:07 AM



PEGUAM seorang lelaki yang dituduh merogol ibu kandungnya memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa (18 Jul) bahawa tuduhan itu "pakatan sulit sepenuhnya" yang bertujuan "mengusir" anak guamnya dari rumah.



Peguam Kanan Harry Elias membentangkan kes pembelaan semasa menyoal balas bapa tiri tertuduh, yang memberi keterangan bahawa tertuduh minum arak, menghisap ganja dan membuat kacau di rumah.



Beliau mencadangkan bahawa bapa tiri berusia 54 tahun itu dan ibu tertuduh yang berumur 56 tahun pergi ke balai polis untuk menuduh tertuduh kerana mereka mahu "menyingkirnya".



Bercakap dalam nada gelisah, bapa tiri itu menafikan sekeras-kerasnya cadangan tersebut, dan berkata beliau boleh memanggil polis untuk menangkap tertuduh kerana mengambil dadah.



"Kami tidak berbohong, itulah yang berlaku. Kami tidak menggunakan ini sebagai alasan untuk membuat dia meninggalkan rumah. Ini satu perbuatan keji," katanya melalui jurubahasa Tamil.



Tertuduh, 33 tahun, menghadapi tiga tuduhan - rogol, mencabul kehormatan dan mencabul kehormatan teruk. Dia menafikan semua tuduhan itu, yang dikatakan dilakukan di rumah mereka.



Anak kedua daripada tiga anak lelaki, dia bekerja sebagai penyelaras keselamatan dan tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di sebuah flat satu bilik.



Digelar 'Boy' oleh keluarganya, dia dituduh menyerang ibunya secara seksual selepas dia pulang pada kira-kira 2.30 pagi pada 4 Okt 2013.



Semalam, bapa tiri dan dua saudara lelaki tertuduh serta isteri mereka memberi keterangan tentang apa yang berlaku apabila mereka bertemu ibu mereka selepas serangan yang didakwa itu.



Rakaman enam minit perbualan dalam bahasa Melayu antara wanita itu dan tertuduh dimainkan apabila setiap daripada mereka memberi keterangan, bagi mengesahkan ia rakaman sama yang wanita itu dengarkan kepada mereka selepas kejadian tersebut.



Wanita itu membuat rakaman tersebut menggunakan dua telefon bimbit ketika dalam perjalanan ke rumah anak sulungnya selepas melarikan diri flatnya pada kira-kira 6 pagi.



Transkrip dan terjemahan perbualan itu dijangka dikemuka di mahkamah pada Rabu (20 Jul).



Wanita itu menangis semasa mendengarkan rakaman tersebut kepada keluarganya dan berkata beliau mahu membuat laporan polis. Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu mereka dengan terperinci apa yang berlaku.



Anak bongsunya memberi keterangan bahawa ibunya memberitahunya tertuduh pulang dalam keadaan mabuk dan naik di atas beliau dan beliau tidak kuat untuk menolaknya.



Suami wanita itu berkata isterinya memberitahunya beliau telah dirogol hanya satu minggu kemudian, apabila mereka dalam "keadaan lebih santai".



Dua adik-beradik tertuduh juga menggambarkan dia sebagai anak baik yang membantu menyara keluarga. Dari masa ke masa, dia meminjamkan wang kepada mereka dan bapa tiri mereka, kata mereka.



Bapa tiri tertuduh, seorang tukang masak, menolak hujah peguam bela bahawa beliau berasa malu apabila tertuduh pergi ke gerainya untuk menuntut hutangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >