Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES BUDAK MATI DIDERA

Ibu dakwa dirinya mangsa penderaan

Nov 21, 2019 | 09:55 AM



WANITA yang didakwa melecur anaknya berusia lima tahun sehingga mati mendakwa dirinya telah didera semasa kanak-kanak dan juga oleh suaminya.



Azlin Arujunah dan suaminya, Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun, berada di mahkamah untuk perbicaraan kerana didakwa melecur anak mereka mengakibatkan kematiannya, lapor The New Paper.



Dia meninggal dunia pada Oktober 2016 setelah pengsan kerana disimbah air panas oleh Ridzuan.



Semalam, pegawai penyiasatan Mahathir Mohamad, seorang Penolong Superintenden di Seksyen Penyiasatan Khas di Jabatan Siasatan Jenayah (CID), membaca kenyataan yang telah beliau ambil dari Azlin.



Dalam kenyataan yang diambil pada 8 November 2016, Azlin berkata: “Seperti apa yang saya katakan, tiada sesiapa untuk membimbing saya. Seluruh hidup saya dipenuhi keganasan.



“Saya sendiri mangsa terkena simbah air panas oleh ibu bapa saya. Suami saya juga serang saya jadi saya simpan ini semua dalam diri saya.



Apabila (mangsa) degil, saya lepaskan semua (terhadapnya).”



ASP Mahathir juga berkata jika Azlin bercakap benar, suaminya akan diambil daripadanya.



Namun, dia kemudian memberitahu bahawa Ridzuan telah menyimbah air panas terhadap mangsa sebelum kematiannya.



Setelah Ridzuan diberkas, Ridzuan memberitahu bahawa Azlin juga telah simbah air panas ke arah budak itu.



Perbicaraan akan diteruskan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >