SENYUMAN lebar terukir di kedua-dua wajah ibu dan anak sambil mereka memegang erat diploma masing-masing.
Ia merupakan satu sambutan berganda bagi Cik Suhana Adi dan anak sulungnya, Cik Siti Sarah Mohd Rastam, yang berjaya lulus daripada kursus diploma dalam amalan perniagaan (perakaunan) daripada Politeknik Nanyang (NYP) bersama.