WANITA Singapura yang dilaporkan hilang setelah melancong ke Romania bersama ibunya telah ditemui dan beliau mendakwa telah ke sana untuk berjumpa dengan teman lelakinya yang dikenali menerusi laman rangkaian sosial dua tahun lalu.
Sekeping foto pembantu pentadbiran, Cik Cheryl Yap Lay Leng, 25 tahun, dan ibunya, Cik Foo Li Kheng, 61 tahun, bersama dua pegawai polis Romania dan seorang lelaki tidak dikenali telah dimuat naik ke laman Facebook pasukan polis Romania, Politia Romana, malam semalam.