Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu dipenjara 6½ tahun kerana dera anak

Jul 09, 2019 | 08:13 AM



SEORANG wanita mendera anaknya yang berumur 23 bulan dengan begitu teruk sehingga anak kecil itu kini menghidap palsi serebral dan usia pembangunan seorang bayi enam bulan.



Anak kecil itu juga terpaksa menggunakan tiub untuk diberi makan menerusi perutnya.



Mahkamah diberitahu bahawa wanita itu menampar kanak-kanak lelaki itu Mac tahun lalu sehingga dia jatuh dan kepalanya terlanggar kaki meja.



Ini menyebabkannya mengalami kecederaan di kepala.



Wanita itu juga pernah menarik tangan kanak-kanak itu dengan kuat dan menumbuk dadanya sehingga menyebabkan kecederaan.



Semalam (8 Julai), wanita itu dijatuhi hukuman penjara enam setengah tahun selepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menyebabkan kecederaan teruk kepada budak lelaki itu dan satu tuduhan menderanya Mei lalu.



Namanya tidak boleh didedahkan demi melindungi identiti kanak-kanak tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >