Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu dituduh bunuh anak lima tahun

Oct 27, 2016 | 02:27 PM



SEORANG wanita didakwa di mahkamah pada Khamis (Okt 27) membunuh anak lelakinya berusia lima tahun bersama suaminya.



Azlin Arujunah, 24 tahun, didakwa menyebabkan kematian anaknya bersama Ridzuan Mega Abdul Rahman, juga 24 tahun, di sebuah flat di Lorong 1 Toa Payoh antara 17 hingga 22 Okt lalu.



Pendakwaan memohon Azlin ditahan reman di Polis Divisyen Central untuk siasatan.



Dia akan kembali ke mahkamah pada 3 Nov.



Pada Isnin (24 Okt), Ridzuan didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas kanak-kanak itu dengan menyimbahnya dengan air panas berulang kali antara 12 tengah hari dan 8.48 malam pada Sabtu lalu (22 Oktober).



Budak itu meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK esoknya.



Ridzuan juga ditahan reman dan akan hadir di mahkamah pada Isnin (31 Okt).



Kanak-kanak itu mempunyai tiga adik-beradik dan keluarganya berpindah ke flat sewa itu kira-kira dua tahun lalu.



Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, tiga adik-beradik itu kini diletak di bawah penjagaan keluarga angkat sementara oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.



Jika sabit kesalahan membunuh, Azlin menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >