Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Ibu dua anak bina semula keyakinan kembali jadi guru tajaka

Feb 02, 2020 | 05:30 AM



SETELAH berhenti bekerja hampir empat tahun sebagai seorang guru prasekolah, Cik Aslinda Ellias, 48 tahun, terpaksa membina semula daya keyakinan dan kemahiran untuk kembali bertugas sepenuh masa di tajaka Just Kids Learning Place.



Cik Aslinda merupakan seorang guru prasekolah bertauliah yang mempunyai kelulusan diploma dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak dari Pusat Latihan dan Sumber Serantau (RTRC Asia) sejak 1994.



Pusat Latihan dan Sumber Serantau kini dikenali sebagai Institut SEED.



Beliau kemudian berhenti bekerja untuk menjaga dua anaknya yang ketika itu berusia satu dan dua tahun dari 2002 hingga 2010.



Selepas itu, beliau kembali bekerja secara sambilan di sebuah pusat pendidikan awal dan mendapat tawaran dari Just Kids Learning Place yang menyediakan jagaan kanak-kanak sepanjang hari untuk bekerja sepenuh masa sebagai guru tajaka.



"Pada mulanya, saya kurang yakin jika saya berupaya menjadi guru tajaka sepenuh masa tetapi saya fikir, mungkin saya boleh cuba membina kerjaya saya semula dengan Just Kids Learning Place," jelas Cik Aslinda yang menyertai cawangan tajaka itu di Jurong West pada 2015.



Mujurlah, bagi Cik Aslinda, Just Kids Learning Place menyediakan program latihan dan pengenalan untuk guru baru.



Ini bermakna Cik Aslinda mendapat bimbingan daripada seorang pengurus kelompok bagi membantunya menyesuaikan diri sebagai guru tajaka sepenuh masa di prasekolah itu.



"Guru-guru di prasekolah Just Kids Learning Place bekerja rapat dengan satu sama lain berserta pengurus kelompok mereka. Mereka mempunyai sesi berkongsi bagi membincangkan tentang strategi baru yang boleh digunakan di dalam kelas. Guru-guru digalakkan berkongsi pengalaman serta cabaran melalui tulisan yang dipanggil writing reflections dan kami akan memberi sokongan mengikut keperluan masing-masing," kata pula Pengarah Operasi bagi kesemua 12 cawangan Just Kids Learning Place, Cik Lurvin Lee-Yuen, 47 tahun.



Beliau menambah bahawa Cik Aslinda menunjukkan minat sangat mendalam terhadap pendidikan awal kanak-kanak, sangat inovatif dan mempunyai empati terhadap kanak-kanak yang mempunyai keperluan pembelajaran berlainan.



Selepas dua tahun bekerja bersama Just Kids Learning Place, Cik Lee-Yuen menggalakkan Cik Aslinda membuat permohonan menyertai Program Pembangunan Profesional untuk Guru atau PDP (T).



PDP (T) membolehkan pendidik dalam jurusan pendidikan awal meluangkan sekitar 180 jam dalam tempoh tiga tahun untuk menyertai kursus dan melakukan projek yang akan mempersiapkan mereka memikul lebih tanggung jawab di tempat kerja.



Program tersebut anjuran Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) dan membolehkan para guru mengikuti kursus kendalian universiti dan politeknik, termasuk satu modul dalam pimpinan pusat dan guru yang mereka mesti sertai, sementara mereka terus bekerja.



Cik Aslinda merupakan kumpulan pertama antara tiga guru dari Just Kids Learning Place yang telah menyertai PDP (T) pada 2017.



Semasa mengikuti kursus modular tersebut, Cik Aslinda berpeluang menghadiri beberapa prasekolah termasuk Kindle Garden, sebuah prasekolah inklusif oleh badan perkhidmatan sosial AWWA, yang mempunyai sekitar 30 peratus pelajar kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran dan pembangunan dan 70 peratus pelajar normal.



Melalui pengalamannya di sana, beliau kini dapat mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan keperluan pembelajaran.



Melalui program PDP (T) juga, Cik Aslinda terdedah pada pelbagai strategi mengajar yang melibatkan mereka menerapkan kemahiran abad ke-21 iaitu kemahiran berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, berkomunikasi, memupuk kreativiti dan berinovasi.



"Minat saya dalam bidang pendidikan awal lebih mendalam dan saya bangga menjadi seorang guru prasekolah. Ia memberi saya kepuasan apabila melihat perkembangan kanak-kanak itu setiap hujung tahun, seperti mereka sudah boleh memakai seluar sendiri. Saya harap saya juga dapat terus menyumbang idea supaya ia bermanfaat buat teman-teman guru dan para pelajar," tambah Cik Aslinda.




  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan SIRI 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >