Ibu dua anak tak kesempitan dibantu ComCare, Muis sejak suami di penjara, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ibu dua anak tak kesempitan dibantu ComCare, Muis sejak suami di penjara

Oct 14, 2021 | 05:30 AM

SEJAK menerima bantuan pejabat perkhidmatan sosial selepas suaminya masuk penjara dua tahun lalu, Cik Lina (bukan nama sebenar), seorang ibu dua anak, tidak pernah berasa khuatir apabila perlu memenuhi keperluan keluarganya.

Bahkan, beliau dapat menggunakan sebahagian wang itu - yang menampung bil api, air, dan sewa rumah serta bantuan wang tunai - untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan anak-anaknya agar beliau boleh mula bekerja tidak lama nanti.

Cik Lina, 25 tahun, yang tinggal di sebuah flat sewa dua bilik di Yishun, kini menerima bantuan bimbingan kerjaya supaya beliau dapat bekerja dan meraih pendapatan sendiri untuk menyara kehidupan beliau sekeluarga.

"Bantuan yang saya terima sejak beberapa tahun lalu memang amat membantu saya dan anak-anak saya dan tiada sehari pun yang saya bangun dan berasa saya kesempitan wang tunai," kata bekas pekerja perkhidmatan solekan dan kecantikan itu.

Cik Lina antara lebih 35,000 isi rumah unik yang menerima Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana ComCare (SMTA) tahun lalu.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut Comcare, $182.55 juta diagih bagi dana SMTA, yang diperuntuk bagi membantu individu dan keluarga susah dan berpendapatan rendah kerana sedang mencari pekerjaan, tidak bekerja buat sementara atas sebab-sebab tertentu, atau berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan kewangan.

Cik Lina memohon bantuan itu, yang diberi hingga Januari 2022, Mac tahun lalu selepas suaminya - pencari nafkah tunggal sejak anak pertama mereka dilahirkan pada 2015 - memasuki penjara pada Disember 2019 bagi menjalani hukuman hingga 2023.

Setiap dua hingga tiga bulan, beliau perlu mengisi pelbagai borang dan mengemukakan bukti pengenalan, termasuk sijil pernikahan, kenyataan bank dan dokumen lain, kepada Pejabat Perkhidmatan Sosial ComCare di Yishun agar bantuan itu dapat diperbaharu berdasarkan keadaan semasanya.

Cik Lina menerima bantuan sekitar $750 hingga $900 sebulan daripada ComCare. Selain itu, beliau menerima bantuan wang tunai daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Bantuan itu membolehkan beliau menampung perbelanjaan harian anaknya berusia dua dan empat tahun seperti susu dan lampin, yang berjumlah sekitar separuh wang itu.

Baki wang itu digunakan bagi perbelanjaan barang dapur dan keperluan peribadinya.

Bagi yuran perkhidmatan jagaan anak-anaknya di PCF Sparkletots, Cik Lina mendapat subsidi dan perlu membayar hanya sekitar $6 sebulan melalui dana Akaun Pembangunan Anak (CDA).

"Ada kalanya memang tak cukuplah sebab harga pampers dan susu setiap anak letaklah dalam $200, kali dua dah hampir $400. Yang baki saya gunakan untuk rumahlah." katanya, yang tidak bekerja sejak 2015 untuk menjaga anak-anaknya.

"Sama seperti ibu lain, memang tugas menjaga anak-anak sungguh meletihkan dari segi mental dan fizikal, lagi pun saya jaga mereka seorang diri sahaja buat masa ini.

"Tapi, rata-rata semuanya okey sahaja, dengan bantuan yang saya terima dapat tampung belanja rumah dan anak-anak."

Cik Lina kini mahu berdikari dan mencari rezeki sendiri, dan sejak dua bulan lalu mendapat bimbingan kerjaya daripada Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).

Ini kerana beliau mempunyai lebih banyak masa lapang setelah anak-anaknya diletak di pusat penjagaan sepenuh hari dari Isnin hingga Jumaat.

"Buat masa ini mereka telah ajar saya cara memohon pekerjaan dan mereka juga mengajar saya cara gunakan laman cari kerja dalam talian.

"Sejauh ini ada ada beberapa majikan yang telah mewawancara saya, tapi saya perlu mencari kerja yang sesuai supaya dapat jaga anak-anak saya apabila mereka balik dari pusat jagaan," ujar Cik Lina.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map