Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu hamil enggan berlengah dapat suntikan vaksin Covid-19 di KKH

Jun 08, 2021 | 06:24 PM



CIK Nur Nasihah Mohd Anuar, 25 tahun, yang hamil 14 minggu, tidak teragak-agak untuk mengambil vaksin Covid-19 apabila ditawarkan oleh doktornya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).



Beliau, yang mengandungkan anak sulungnya, berkata apa yang penting ialah vaksin itu boleh membantu untuk melindungi beliau dan kandungannya daripada penyakit tersebut.



Sebelum mengambil vaksin itu, beliau telah membincangkannya bersama rakan lain yang hamil serta anggota keluarganya, yang turut menyokong keputusannya untuk mengambil vaksin tersebut.



Cik Nasihah percaya mencegah itu lebih baik daripada merawat, dan menggalakkan lebih ramai wanita hamil untuk menerima vaksin Covid-19, dan tidak berlengah lagi.



Beliau merupakan antara enam wanita hamil yang telah divaksinasi pada Selasa (8 Jun) di Pusat Vaksinasi Covid-19 KKH.



“Dalam menyokong usaha Singapura meningkatkan vaksinasi Covid-19 dan meningkatkan perlindungan kepada wanita hamil daripada Covid-19, KKH telah menubuhkan Pusat Vaksinasi Covid-19 di hospital ini untuk berkhidmat kepada pesakit hamil.



“Pusat itu telah memberi vaksin kepada enam wanita hamil hari ini (Selasa) dan menjangkakan lebih ramai pesakit KKH akan divaksin pada minggu-minggu akan datang,” kata KKH dalam satu kenyataan pada Selasa.



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) menjelaskan baru-baru ini bahawa ibu hamil dan pesakit barah yang sedang menjalani rawatan aktif boleh mendapatkan vaksin Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >