Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu kandung, bapa tiri akan didakwa bunuh budak perempuan 11 tahun: Polis

Nov 11, 2020 | 05:58 PM



SEORANG wanita dan seorang lelaki dijangka didakwa di mahkamah esok (12 Nov) kerana dituduh terlibat dalam kematian seorang budak perempuan berusia 11 tahun, menurut satu kenyataan polis pada Rabu (11 Nov).

 



Pasangan tersebut, kedua-duanya berusia 26 tahun, akan didakwa membunuh dengan niat yang sama.

 



Wanita itu merupakan ibu kandung mangsa sementara lelaki tersebut merupakan bapa tiri mangsa.



"Melalui siasatan susulan, polis menahan pasangan tersebut yang dipercayai terlibat dalam kematian budak perempuan itu," kata polis.



Menurut polis, budak perempuan itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong pada sekitar 11 pagi semalam, dan disahkan meninggal dunia pada 12.40 tengah hari.



Kenyataan polis tidak menyatakan nama suspek dan mangsa.




Jika disabit kesalahan, pasangan tersebut boleh dihukum mati di bawah Seksyen 302(1) dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >