Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu kepada kanak-kanak maut dalam kebakaran di Bedok North masih di ICU tetapi stabil

May 16, 2022 | 03:37 PM



Ibu kepada kanak-kanak yang maut dalam satu kebakaran di Bedok North pada Jumaat lalu (13 Mei) masih di Unit Jagaan Rapi (ICU) tetapi keadaannya sudah stabil. 



Anggota Parlimen (AP) estet tersebut yang juga Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara),  Encik Tan Kiat How, telah memberi perkembangan terkini mengenai keadaan ibu berusia 34 tahun itu.



“Beliau masih di ICU tetapi keadaannya sudah stabil,” tulis Encik Tan dalam satu catatan Facebook dan sedang berhubungan dengan adik-beradik wanita itu. 



Apabila Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di sebuah unit empat bilik di blok 409 Bedok North Avenue 2, pada 6.40 pagi Jumaat, mereka menemui empat orang yang tidak sedarkan diri di unit itu.



Wanita berkenaan bersama anaknya dan seorang lelaki berumur 35 tahun telah dikejarkan ke hospital meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami. 



Seorang lagi penghuni rumah itu yang dikenal pasti sebagai Cik Aileen Chan, seorang penerbit filem dan pelakon berusia 56 tahun, disahkan mati di tempat kejadian. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >